Resepi Bengkang Ubi Kayu Gula Merah Kukus. Best Dan Senang Sangat

58995
Wah sedap dan mudah resepi bengkang ubi kayu gula merah kukus ni. Senang je buat. Yang bestnya, guna banyak ubi kayu berbanding tepung. Memang sedap

Wah wah, hari ini kami kongsikan pula resepi bengkang ubi kayu gula merah kukus. Sedap sangat dan mudah disediakan. Bila gigit, rasa kenyal sedap. Sebabnya kita gunakan banyak parutan ubi kayu berbanding tepung. Hanya 4 sudu makan sahaja tepung yang digunakan. Jadi memang rasa ubi kayu sangat lah kan.

Semasa proses mengukus resepi bengkang ubi kayu gula merah ini, untuk elak melekat, anda boleh guna dua cara. Pertama lapik dengan plastik pembalut nasi tahan panas, atau boleh juga oles loyang yang digunakan dengan mentega/marjerin di dasar dan dnding loyang. Barulah senang dikeluarkan nanti.

BACA DI LINK BARU : Resepi Tiramisu Biskut Marie Cheesekut Best. Tanpa Nescafe

Terima kasih kepada Puan Mas Cotek di atas perkongsian resepi bengkang ubi kayu kukus ini. Semoga dimurahkan rezeki puan sekeluarga. Tak sabar kami nak mencubanya.

Wah sedap dan mudah resepi bengkang ubi kayu gula merah kukus ni. Senang je buat. Yang bestnya, guna banyak ubi kayu berbanding tepung. Memang sedap

Bahan Resepi Bengkang Ubi Kayu :

Bahan A :

  • 1.2 kg ubi kayu
  • 4 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu teh garam
  • pati dari endapan ubi

Cara Buat Bahan A :

#1: Basuh bersih ubi kayu yang dah dikopek. Parut ubi dan selepas siap, masukkan dalam kain dan perah. Ambil parutan ubi kayu letak dalam bekas, campurkan dengan tepung ubi dan garam.

Manakala perahan air tadi yang berbaki, tunggu seketika dan bila ada endapan pati di bawah, ambil balik dengan cara buang air atasnya. Pati tadi dimasukkan ke dalam bekas bersama-sama tepung semua.

Bahan B :

  • 500 ml santan sederhana pekat
  • 300 gram gula merah
  • 75 gram gula pasir
  • 2 helai pandan

Cara Buat Bahan B :

#1: Campurkan ke dalam periuk semua bahan. Panaskan dengan api kecil dan masak sekadar gula larut semua. Tak perlu sampai mendidih. Ketepikan dan tunggu suam. Tapiskan ke dalam bekas lain.

Cara Buat Resepi Bengkang Ubi Kayu Gula Merah :

#1: Okay dah siap sediakan Bahan A dan Bahan B, kita sapukan dulu loyang saiz yang sesuai dengan margerin di dasar dan dinding loyang. Dalam resepi ini, loyang yang digunakan saiz 25 x 12 x 6 .

Satukan Bahan A dengan Bahan B dan gaul sebati semua . Tuang ke dalam loyang dan hentak loyang. Jangan lupa panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih. Kukus selama 1 jam. Keluarkan bengkang ubi kayu dan sejukkan. Barulah boleh dipotong.

Wah sedap dan mudah resepi bengkang ubi kayu gula merah kukus ni. Senang je buat. Yang bestnya, guna banyak ubi kayu berbanding tepung. Memang sedap

Sedikit tips :

Untuk elakkan air menitik, jangan lupa tutup penutup pengukus dengan kain tuala untuk elak air menitik.

Untuk dapatkan potongan yang cantik, sapu oles sedikit minyak pada mata pisau. Potong satu arah dan lap mata pisau. Oles lagi sedikit minyak sebelum buat potongan baru.

Memang senang sangat resepi bengkang ubi ni. Tak sabar nak mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom