
Resepi makanan ketika waktu berpantang selepas melahirkan bayi yang sungguh comel adalah antara satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua para ibu yang baru melalui fasa ini.
Orang wanita yang bersalin perlu diberikan makanan dan minuman yang khusus untuk berpantang bagi membantu menyembuhkan kembali luka dalaman , menegangkan dan mengembalikan keadaan sediakala sebelum bersalin dan supaya para ibu kembali sihat sepenuhnya.
Banyak pantang larang dalam penyediaan resepi berpantang khususnya makanan supaya tidak mendatangkan kesan buruk pada badan ibu yang lemah.
Elakkan makanan yang boleh mendatangkan gatal terutama bagi wanita yang bersalin melalui pembedahan. Ini supaya luka pembedahan tidak gatal atau bernanah.Jadi penting tau untuk elak
- Ikan cencaru
- Ikan tongkol
- Ikan masin
- Ikan keli
- Ikan bawal
- Ikan Terubuk
- Ikan Duri
- Ikan sembilan
- Daging ayam
- Daging lembu
- Telur
Biasanya , makanan dalam pantang selepas bersalin normal atau melalui caesar adalah seperti ikan selar , ikan merah , ikan tenggiri , lada hitam , bawang putih , halia , asam jawa dan lain-lain.
Jangan risau , Puan Amanda Ibrahim telah berkongsi resepi berpantang yang diambil ketika tempoh berpantang 44 hari. Terima kasih kami ucapkan. Kami olah semula dan tambah baik resepi dalam berpantang ini demi para ibu.
Selain itu juga, bagi bolehkan wanita kembali sihat dalaman, disyorkan berpantang selepas bersalin selama 100 hari apabila melibatkan hubungan intim bersama suami. Tak menyesal tau tips ni diamalkan untuk orang yang bersalin.
Jom kita tengok 16 resepi berpantang yang berkhasiat tinggi untuk para ibu bagi kembali sihat luaran dalaman dan kurus selepas bersalin.
BACA DI LINK BARU : Kempiskan Perut Dengan Jamu Homemade Ini . Sangat Berbaloi
1- Ikan Tenggiri Masak Singgang
Bahan-bahan untuk makanan pantang ini.
- 1 keping isi ikan tenggiri
- 1 batang serai
- 1 sudu teh asam jawa yang diambil airnya
- 1/2 cm lengkuas muda 8
- 1/2 cm kunyit hidup *
- 1 ulas bawang putih *
Cara Masak
- Mayang nipis bahan yang bertanda * .Ketuk serai.Panaskan 1 cawan air dan masukkan bahan di atas semua sekali .Biarkan mendidih dan masukkan isi ikan. Perasakan dengan lada hitam tumbuk dan garam sedikit.
2- Ikan Tenggiri Masak Asam
- 1 keping isi ikan tenggiri
- 1 sudu teh asam jawa diambil air
- 1 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 cm halia muda
Cara Masak
- Mayang halus bahan bertanda * dan masukkan ke dalam air asam jawa. Renehkan ikan bersama air asam jawa sehingga masak. Tambah sedikit air ketika perlu. Perasakan dengan lada hitam tumbuk dan garam.
3- Sawi Lobak Masak Tumis
- 3 cm lobak merah
- 1 mangkuk sawi
- 2 ulas bawang putih
Cara Masak
- Panaskan air dan masukkan bawang putih hingga mendidih.Masukkan sayur.Perasakan dengan lada hitam tumbuk.Memang elok makanan dalam pantang seperti ini untuk luka dalaman ibu cepat sembuh.
4- Lempeng Oat Tanpa Gula
- Oat yang dikisar halus menjadi tepung atau boleh tambah dtepung gandum.Sebatikan adunan dan bakar .Sukatan mengikut kuantiti yang dimahukan. Gunakan non stick pan untuk elak melekat. Makan dengan sedikit madu asli.
5- Ikan Tenggiri Grill
- 1 keping isi ikan tenggiri
- Tumbuk kunyit hidup bersama lada hitam dan garam
- Perap bahan tumbuk bersama isi ikan dan grill sehingga masak. Lada hitam yang bersifat panas sangat elok untuk para ibu yang dalam tempoh bersalin. Sebab tu kegunaan dia banyak dalam resepi berpantang kali ini tak kira bersalin normal atau caesar ea.
6- Serunding Halia Muda Goreng
- Potong halus jejari atau kalau rajin , parut halia muda dan goreng menggunakan minyak yang sedikit serta api yang perlahan. Walaupun mengambil masa , tapi sangat elok supaya badan ibu yang bersalin menjadi panas dan mengeluarkan angin daripada badan.Nanti bonus kurus cantik selepas tempoh berpantang.
7- Sayur Sawi Celur ( Steam )
- Steam atau celur sayur sawi mengikut kuantiti yang anda mahu. Tabur serunding hali goreng , bawang putih goreng dan sedikit minyak bawang putih tadi. Sedap.
8- Ikan Salmon Grill
- 1 keping isi ikan salmon
- Tumbuk lada hitam dan garam
- Perap bahan tumbuk bersama isi ikan dan grill sehingga masak. Boleh dimakan bersama serunding halia tadi untuk membantu ibu memanaskan badan semasa tempoh berpantang.
9- Sayur Sawi , Carrot Bersama Daging Cincang
Seeloknya resepi berpantang ini diambil pada tempoh selepas 44 hari kerana menggunakan daging
- Cincang daging hingga lumat
- Sayur sawi dan carrot
- Tumis sedikit bawang putih ketuk , masukkan daging sehingga masak barulah ditambah sayur.Perasakan dengan lada hitam dan garam
10- Ayam Masak Steam
Kalau ketika tempoh berpantang , daging ayam salah satu pantang larang bagi para ibu . Kenapa. Sebab ayam yang dijual di pasar sudah disuntik dengan pelbagai hormon dan vitamin untuk mempercepatkan pembesaran. Jadi gunakan ayam kampung sahaja lagi elok.
- 1/4 ayam kampung
- Hirisan carrot ,sedikit daun bawang dan daun sup
- 1 sudu minyak bijan
Cara Masak Resepi Berpantang ini.
- Steamkan ayam dengan lada hitam tumbuk , sedikit garam beserta carrot. Kemudian bila masak, tambah minyak bijan , daun bawang dan daun sup. Air rebusan boleh dijadikan sup panas untuk mudah telan nasi.
11- Sambal Lada Hitam Tok Tok
- Bahan2 ikan bilis, bwg merah, bwg putih, bwg holland besar sikit, lada hitam. Layurkan kesemua bahan tu, kemudian tumbuk dgn sedikit garam. Siap, sedap sangat dimakan bersama nasi panas.
12- Sup Ikan Merah
- 1 keping isi ikan merah
- Sedikit brocolli ,carrot , daun sup & daun bawang
- lada hitam , halia , bwg putih *
Cara Masak
- Tumbuk bahan yang bertanda *
- Hiris daun sup, daun bawang, brocolli & carrot
- Tumis bahan yang dah ditumbuk, bila dah naik bau, masukkan ikan, tumis kejap.
- Masukkan air, tunggu sehingga mendidih, masukkan garam. Last sekali masukkan sayur semua. Masak sehingga mendidih.
13- Bubur Nasi Ikan Merah
- Masak bubur nasi seperti biasa, masukkan hirisan halia, kemudian dah separuh masak, masukkan carrot dipotong dadu and isi ikan merah yang dihiris. Tnggu sehingga masak, perasakan dgn garam. Hidangkan dengan serunding halia, daun bawang, crunchy garlics
P/s : Bubur ni makan dgn ikan bilis masak asam sedap tau.
14- Ikan Merah Tumis Bawang
- 1 keping isi ikan merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 cm halia muda
- Daun bawang sedikit
Perap ikan dgn garambersama alda hitam . Goreng ikan merah guna minyak yang sedikit, ketepikan. Tumis bawang halia masukkan semula ikan yang dh digoreng tadi. Kemudian masukkan daun bawang. Hidangkan dengan nasi panas.
15-Daging Masak Halia Bersawi
- 1 mangkuk daging batang pinang
- Sawi , carrot
- 1/2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 cm halia muda
Daging perap dengan minyak bijan sikit .Tumis bawang besar, putih & halia dengan sedikit minyak. Dah naik bau masukkan daging. Biar masak kejap. Letak air sikit utk jadikan kuah, kemudia masukkan sawi & carrot. Perasakan dgn garam dan lada hitam tumbuk
16- Ikan Bilis Masak Asam
- 1 mangkuk ikan bilis
- 1/2 mangkuk hirisan potato
- *bawang putih,bawang merah dan bawang besar sikit
- Air asam jawa sikit
Hiris bahan yg bertanda * . Goreng ikan bilis and potato tu kemudian ketepikan. Guna minyak yg sikit, tumis semua bahan bertanda *, then dah layur, masukkan ikan bilis and potato yg dh digoreng tadi. Dah sebati semua, masukkan air asam jawa. Tumis hingga sebati, perasakan dgn garam & lada hitam.
Macam mana ? Dah dapat idea lepas tengok senarai makanan dalam pantang di atas ? Memang bagus untuk kesihatan si ibu ya resepi berpantang yang disediakan.
Banyak lagi makanan dalam tempoh berpantang yang elok untuk ibu terutama sup ikan haruan bagi ibu yang bersalin melalui pembedahan caesar.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom