Kami nak kongsikan resepi baharu iaitu resepi bihun singapore yang sangat sedap untuk anda buat. Ganding pula dengan sambal kicap power, memang tak menyesal buat menu ini untuk sarapan pagi atau bila-bila anda rasa lapar.
Bihun yang digoreng juga tidak mudah putus jika diikut satu persatu resepi beserta tips yang diberikan ini.
Tips cara masak bihun Singapore adalah :
1 – Rendam bihun dengan air biasa sahaja. Tak perlu air panas mahupun air suam. Contoh anda nak masak untuk sarapan pagi nanti, rendam 40 minit – 60 minit untuk bagi dia lembut sedikit.
Selepas dimasukkan ke dalam kuali, kita akan tambahkan sedikit air dan juga buka api sangat kecil sehingga bihun betul-betul lembut dan barulah dibuka api besar seketika untuk keringkan sedikit bihun goreng. Terus tutup api.
BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Pisang Coklat Moist Best. Dari Kayangan Nih!
2 – Masukkan 2 sudu makan cuka untuk 1 plastik bihun. Tujuannya untuk berikan rasa yang lebih sedap dan mengekalkan urat bihun daripada mudah putus.
Tak menyesal anda ikut tips resepi bihun goreng ini. Pasti bertambah sedap. Terima kasih kepada Puan Siti Fatihah berkongsi resepi cara buat bihun Singapore yang diambil dari sumber resepi Chef Sherson Lian 5 Rencah 5 Rasa.
Bahan Resepi Bihun Singapore Sedap :
- 1 bungkus bihun
- 1 genggam kecil ikan bilis direndam dengan 1 cawan air
- 2 sudu makan udang jerangau ( jika ada ) – yang kecik tu
- 1 sudu makan udang kering ( jika tiada, gantikan dengan sedikit belacan )
- 3 biji bawang saiz 50 sen lama
- 5 ulas bawang putih saiz kecil
- 1 sudu makan lada hitam
- 1 sudu makan lada sulah
- 2 biji telur
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan cuka
- Sos ikan/garam/gula ikut selera
Bahan Lauk Dan Sayur :
- 3 ekor sotong saiz besar
- 15 ekor udang sederhana
- 3 keping fish cake
- 15 biji fish ball
- Potongan lobak merah
- Kubis
Lauk dan sayur terpulang kepada anda nak letak gabungan macam mana/banyak mana
Cara Buat Resepi Bihun Singapore :
#1: Tumbuk hingga 80% lumat bawang merah, bawang putih,lada hitam,lada sulah,udang jeragau,udang kering. Ketepikan seketika. – Bahan Tumbuk A
Seterusnya tumbuk ikan bilis asing yang telah direndam dengan secawan air selama 15-20 minit.Tumbuk 60% lumat sahaja. Simpan air untuk kegunaan kemudian. – Bahan Tumbuk B
Panaskan 3-4 sudu makan minyak dalam kuali dan tumiskan Bahan Tumbuk A sehingga beraroma dan mulai garing. Baru tambahkan sos tiram serta Bahan Tumbuk B tadi. Msak hingga ikan bilis lembik sedikit.
#2: Masukkan air rendaman ikan bilis 1/2 cawan,cuka,dan pilihan lauk pauk anda serta telur.Bagi lauk pauk dan telur masak dahulu dan barulah dimasukkan bihun yang telah direndam seperti di atas.
Buka api kecil sahaja dan masukkan lobak merah jika ada. Biarkan bihun lembut dan kacau daripada bawah. Bila bihun nampak lembut, tambahkan sayur pilihan serta tambah sos ikan/garam/gula ikut tekak anda.
Dah siap dah bihun Singapore dan jom kita buat sambal kicap untuk dimakan bersama dengannya.
Bahan Resepi Sambal Kicap :
- 10 cili api hijau/merah
- 1 cili api besar
- 3 ulas bawang putih kecil
- Kicap pekat manis Jalen
- Garam gula serbuk perasa secukupnya
Cara Penyediaan Sambal Kicap Power :
#1: Goreng dulu cili dengan bawang putih hingga layu.Guna sikit je minyak. Biarkan layu. Barulah kisar hancur keduanya. Gunakan air sedikit dengan kicap ya.
#2: Masak semula bahan kisar atas dapur dengan api sederhana kecil hingga mendidih. Nak tambah air nak tambah kicap boleh.Ikut kepekatan anda mahu. Perasakan ikut selera anda.
Barulah sedap makan bihun bergandingan dengan sambal kicap. Pedas-pedas sedikit kan. Puas hati
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom