Saya memang suka buat resepi bihun sup utara kerana keunikaan rasa dan sajian hidangan itu sendiri.Dulu saya pernah belajar di Kedah, di Changlun. Teringat setiap minggu, mesti keluar makan bihun sup ni di kedai bawah jejantas berhampiran pekan Changlun.
Apa yang menjadi kebiasaan dalam resepi bihun sup utara adalah warna bihunnya yang bewarna kuning. Ianya bihun biasa yang dicelur sekejap dengan serbuk kunyit untukn hasilkan bihun yang seperti itu.
Satu lagi kemestiaan bihun sup utara adalah mesti ada sambal cili merah. Orang kata tak kick kalau dua bahan ni takde. Kalau bahan lain nak ditambah tu biasa lah seperti lobak asin, bawang goreng,daun sup dan sebagainya.
BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Marjerin Marble Bakar Dalam Periuk Biasa Sahaja. Takde Oven Takde Hal
Terima kasih kepada Puan Zaini Talib kerana sudi berikan resepi bihun sup utara yang sangat lengkap dan menyedapkan ini. Kami akui kesedepannya dan anda yang mahu mencubanya boleh ikuti resepi lengkap yang kami berikan satu persatu daripada penyediaan bihun hinggalah sambal cabai merah ni.
Bahan Resepi Bihun Sup Utara :
Bahan Bihun :
- 1 peket bihun
- 1 sudu makan serbuk kunyit
Didihkan air lebih kurang 3 liter hingga mendidih.Masukkan serbuk kunyit.Masukkan bihun dan kacau sekejap lepas tu toskan.Jangan terlalu lama nanti bihun menjadi lembik.
Bahan Sup Tulang :
- 1 kilogram tulang dicampur sedikit daging
- 2 batang serai ketuk
- 2 inci halia diketuk
- 4 ulas bawang putih ditumbuk
- 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
- 1 batang kulit kayu manis
- Setengah sudu teh bunga cengkih ditumbuk kasar
- Setengah sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
- 3 bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- Sedikit batang daun sup
- 3-4 liter air
Cara Penyediaan Sup Tulang :
#1: Tumbuk bahan yang perlu. Basuh bersih tulang dan daging. Masukkan semua bahan dalam periuk. Rebus dengan api sederhana besar sehingga daging empuk. Ianya memakan masa hampir 1 jam setengah-2 jam jika gunakan periuk biasa. Boleh guna pressure cooker 40 minit untuk cepatkan proses empukkan daging.
#2: Bila daging dah empuk, masukkan sedikit garam gula dan serbuk perasa dalam sup.Kalau mahu, boleh tambah bawang goreng untuk lagi beraroma kuah bihun sup utara anda.
Bahan Sambal Cabai Merah Resepi Bihun Sup Utara :
- 3 senduk cili kisar atau cili giling
- 2 ulas bawang putih dutumbuk
- 3 ulas bawang merah kecil saiz 20 sen baru ditumbuk
- 1 keping asam keping
- Garam gula serbuk perasa
- 1/2 cawan minyak untuk menumis
#1: Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang siap ditumbuk hingga kekuningan. Barulah tumiskan cili kisar hingga pecah minyak 2-3 kali.Guna api sederhana sahaja.Jangan lupa masukkan asam keping juga.
#2: Makin lama pecah minyak makin sedap sambal ni.Bila dah pecah minyak banyak kali, masukkan garam, serbuk perasa dan gula.Kami suka guna gula merah untuk cantikkan warnanya.
Siap sambal untuk resepi bihun sup utara ni. And aboleh sedikana bahan sampinagn untuk dimakan bersama iaitu :
- Daun bawang
- Daun sup
- Lobak masin
- Bawang goreng
- Asam limau
Lengkap sudah resepi bihun sup utara ni Yang penting sangat sedap dan jangan lupa identitinya iaitu bihun bewarna kuning dan sambal cili bewarna merah.
Selamat mencuba </>