Resepi Bingka Labu Cheese Garing Best Bahagian Luar. Sedappp

9530
Memang mudah buat resepi bingka labu ni. Rasa manis elok serta lemak santan dan semestinya rasa labu sedap.Ada pula taburan cheese, lain macam sedap dia.

Resepi bingka labu cheese ni memang puas hati dengan hasilnya. Rasa garing permukaan luar bingka lepas tu ditambah dengan rasa cheese yang mencair di permukaan luar, tambah pula dengan rasa lemak dari  penggunaan santan pekat,memang sedap betul gandingkan semua ini.

Nak buat pun mudah sebab dalam sukatan gram. Sukat sahaja semua bahan ikut kuantiti yang telah ditetapkan, lepas tu dah boleh muka buat dah.

Salah satu tips yang mudah dalam resepi ini ialah anda tak perlu kupas kulit labu sebelum rebus. Cukup sahaja dipotong dua dan rebus. Nanti senang je korek dengan sudu isi dia. Tinggal kulit je.

Nak hasilkan bingka sedap, jangan kedekut guna labu yang banyak sikit. Baru sekali suap terus terasa nikmatnya kan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Durian Sedap Dan Best Untuk Penggemar Durian

Untuk dapatkan permukaan bawah dan tepi bingka labu yang cantik, alas loyang dengan baking paper dan sapu tepi loyang dengan minyak jagung atau minyak baisa sedikit.Untuk rasa lemak bingka pula, kami sarankan penggunaan santan kotak.

Terima kasih pada Puan Alyynna Sharlina di atas perkongsian resepi bingka labu ini. Memang puas hati makannya.

Bahan Resepi Bingka Labu Cheese :

  • 450 gram labu direbus sekali dengan kulit. Potong dua. Senang nak korek isi
  • 850 ml air
  • 400 gram santan kotak
  • 300 gram gula
  • 5 biji telur Gred B
  • 450 gram tepung gandum
  • 30 gram tepung beras
  • Sedikit garam
  • 50 gram margerin yang telah dicairkan
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • Parutan cheese jika mahu. Kuantiti ikut suka.

Cara Buat Resepi Bingka Labu Senang :

#1: Rebuskan labu asing dan bila dah masak serta sedikit sejuk, korek keluar isi labu, masukkan dalam bekas. Campurkan semua bahan kecuali pewarna dan parutan cheese.

Kisar atau kacau menggunakan hand mixer agar adunan bingka labu menjadi halus sekata. Bila dah cantik, titis pewarna kuning jika mahu.

Sementara tu panaskan oven pada suhu 210’C. Alas loyang saiz 10 dengan kertas baking paper dan sapu minyak pada dinding loyang. Masukkan acuan bingka ke dalam loyang.

Memang mudah buat resepi bingka labu ni. Rasa manis elok serta lemak santan dan semestinya rasa labu sedap.Ada pula taburan cheese, lain macam sedap dia.

#2: Bakar bingka labu pada suhu 200’C menggunakan api atas bawah selama 60 minit. Tahap suhu mungkin sedikit berbeza bergantung pada oven anda.

Bila dah 1 jam, keluarkan dan tabur/parut cheese mozarella ke atas permukaan bingka.

Teruskan lagi pembakaran selama 10-15 minit . Dah masak, sejukkan betul-betul bingka labu barulah dikeluarkan dan dipotong. Kalau tak sejuk, nanti bingka labu melekat pada pisau .

Best kan kami dah berikan tips dan resepi lengkap. Selamat mencuba.

Memang mudah buat resepi bingka labu ni. Rasa manis elok serta lemak santan dan semestinya rasa labu sedap.Ada pula taburan cheese, lain macam sedap dia.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom