Resepi Bingka Ubi Kayu Garing Di Luar Kenyal Di Dalam.Best

67689
Memang mudah buat resepi bingka ubi kayu sukatan cawan ni. Lemak manis hasil una santan pekat dan rasa kenyal sebab 100% guna ubi kayu yang diparut. Cuba ea.

Resepi bingka ubi kayu ni memang puas hati dengan hasilnya. Rasa garing permukaan luar bingka lepas tu lemak manis dengan penggunaan santan pekat,kenyal memang masuk elok gandingnya. Mudah pun mudah sebab guna dalam sukatan cawan.

Sukat guna cawan yang 250ml je untuk standard.Ubi kayu diparut terlebih dahulu lepas tu baru disukat dengan cawan ya.Menarikknya kita tak guna sebarang tepung tapi hanya ubi kayu itu sendiri. Baru kena betul dengan resepi bingka ubi kayu.

Kita tak guna tepung lain sebab ubi kayu itu sendiri dah berbentuk kanji. Bila dalam proses pembakaran,ubi kayu parut itu bertukar jadi kanji dan hasilnya,bingka menjadi kenyal.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Durian Sedap Dan Best Untuk Penggemar Durian

Loyang pun tak perlu lapik dengan baking paper atau oles minyak pada permukaan dinding.Sebabnya,santan yang pekat sebabkan kuih bingka ubi kayu tidak melekat,mudah dikeluarkan dan rasa berlemak. Nak best gunakan santan kotak pekat.

Memang mudah buat resepi bingka ubi kayu sukatan cawan ni. Lemak manis hasil una santan pekat dan rasa kenyal sebab 100% guna ubi kayu yang diparut. Cuba ea.

Bahan Resepi Bingka Ubi Kayu Garing :

  • 4 cawan ubi kayu yang diparut
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2-3 titik pewarna kuning telur

Gunakan cawan penyukat 250ml dan loywng saiz 6×6 inci untuk sukatan ini .Bingka akan kelihatan tebal cantik.

Cara Buat Resepi Bingka Ubi Kayu Sukatan Cawan :

#1: Parut ubi kayu bersih dan barulah sukat hingga sampai 4 cawan. Masukkan dalam bekas bersama semua bahan. Kacau dengan senduk supaya sebati. Itu je.Aduhai mudah nya kan.Hee

Panaskan oven pada suhu 200’C selama 10 minit.Barulah masukkan adunan bingka ubi kayu dalam loyang ke dalam ketuhar.

#2: Bakar pada suhu 180’C-200’C selama 40-45 minit guna api atas bawah.Suhu dan masa pembakaran bergantung pda oven anda.Tapi tak lari jauh.Kita dah faham feel oven kita kan.

Nak bingka ubi kayu garing lebih sikit bahagian atas,bakar la lama sikit.Kami suka yang garing pada permukaan atas.Sedap.

Memang mudah buat resepi bingka ubi kayu sukatan cawan ni. Lemak manis hasil una santan pekat dan rasa kenyal sebab 100% guna ubi kayu yang diparut. Cuba ea.

Dah masak,sejukkan 1-2 jam biar betul-betul sejuk baru cantik nak dipotongnya. Tips untuk potong resepi bingka ubi kayu ni,oleskan minyak sedikit pada pisau plastik,tekan potong sekali gerak ( jangan angkat pisau ).Lepas tu ulang langkah yang sama untuk potongan baru.

Selamat mencuba resepi kuih bingka ni.Sedapnya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom