Resepi Biskut Almond Coklat.Best Tapi Mudah Sangat Buatnya

3278
Sedapnya resepi biskut almond coklat ni.Budak-budak suka la makan biskut rangup camni dengan rasa almond cincang rangup yang disangai.Nanti boleh buat.Terbaik.

Kami mahu kongsikan resepi biskut almond coklat yang rangup dan sedap untuk anda cuba sebagai menu biskut hari raya atau pada waktu anda suka nak makan.Memang sedap dengan rasa coklat penuh dan juga rasa rangup kacang almond.

Walaupun resepi mudah, tapi anda perlu buat beberapa tips ini untuk jadikan rasa biskut almond coklat ini bertambah sedap.

Sangai hingga mulai kekuningan kacang almond cincang itu.Jangan risau, beli je yang terus siap cincang. Sangai bermaksud goreng tanpa minyak.

Untuk pilihan coklat pula jangan guna dark coklat sepenuhnya nanti pahit dan keras tapi masukkan milk coklat. Ratio sila ikut di bahagian sukatan bahan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Ikan Siakap Kengsom Asli Dari Thai. Best Menjilat Jari

Kalau anda nak letak coco crunch atau bijirin lain pun tiada masalah. Tak la terlalu padat dan bertambah rangup almond coklat yang terhasil.

Terima kasih kepada Puan Farra Fara Farhana yang sudi berkongsi resepi biskut almond coklat kepada kami semua. Semoga puan sekeluarga dimurahkan rezeki.

Tips : Gunakan cawan penyukat 250 ml

Sedapnya resepi biskut almond coklat ni.Budak-budak suka la makan biskut rangup camni dengan rasa almond cincang rangup yang disangai.Nanti boleh buat.Terbaik.

Bahan Resepi Biskut Almond Coklat :

  • 4 cawan almond cincang
  • 2 cawan Beryl”s coin milk chocolate
  • 150 gram dark chocolate
  • 1 sudu besar buttercup
  • 1 sudu nuttela*
  • 1 sudu peanut butter*

Bahan yang bertanda anda boleh pilih nak letak ataupun tidak.

Cara Buat Resepi Biskut Almond Coklat :

#1: Sangai almond cincang dan ketepikan untuk dia sejuk. Cairkan milk dan dark coklat guna kaedah double boil iaitu periuk di atas air dalam kuali yang besar atau kalau anda ada microvawe, boleh masukkan dalam tu dan set masa3 minit. Lagi senang kan.

Bila coklat dah cair sepenuhnya, masukkan pula buttercup, nutella dan juga peanut butter. Kacau sebati. Tambah almond cincang tadi.Kalau nak masukkan bijirin pun waktu ini.

Sedapnya resepi biskut almond coklat ni.Budak-budak suka la makan biskut rangup camni dengan rasa almond cincang rangup yang disangai.Nanti boleh buat.Terbaik.

#2: Gaul sebati dan sudukan kedalam papercup. Dalam satu sudu makan. Bila coklat dah keras baru susun masuk ke dalam balang kedap udara.

Dah pun siap biskut almond coklat anda. Sedap makan rangup-rangup kan. Budak-budak suka la coklat camni. Kalau orang tua tak berapa gemar sangat sebab nanti sakit gigi.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom