Resepi Biskut Almond London Dengan Tips Coklat Tak Melekat Dan Sama Saiz

189921
Memang tak rugi anda cuba resepi biskut almond london ni.Dengan tips lengkap, hasilnya dapat almond london sama saiz, coklat tak melekat dan rangup.Best

Kalau sebut resepi biskut almond london, jarang orang tak buat untuk menjadi pengisi balang biskut raya di atas meja tetamu kan. Rasa coklat yang sedap dan ditambah pula dengan badam, memang jadikan biskut ini bukan sahaja sedap malah tergolong dalam biskut mewah.

Biasanya bila orang buat resepi biskut almond london ni, dia akan simpan untuk diberi atau dihidang kepada orang tertentu je.Bukan apa, mahal kosnya.Hee.

Tapi kadang-kadang ada yang merungut bila buat biskut almond london ni, badam masuk angin la, coklat melekat pada kertas pembalut la, tak tahu apa pilihan jenama coklat,saiz yang tak sama besar la.Oleh itu , kami berikan tips untuk anda berpuas hati bila buat biskut raya ni.

1: Untuk dapatkan badam yang rangup, anda perlu jemur di bawah cahaya matahari selama 1 hari dan keesokkannya, bakar di dalam oven menggunakan api atas bawah pada suhu 100-110’C selama 20 minit. Kalau nak sangai ( goreng tanpa minyak pun boleh ).Fungsinya untuk jadikan badam rangup dan kehilangan air.

2: Pilihan coklat masakan untuk dicelup adalah Beryl’s Milk Compound yang akan dicampurkan dengan sedikit minyak sapi sahaja.Coklat ni memang sedap sebab dah dicampur susu dan tak pahit.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Minyak Dengan Ayam Masak Merah Dan Daging Masak Hitam

3: Untuk dapatkan saiz biskut almond london yang sekata, boleh tengok cara penggunaan sudu sukatan 1/2 teh seperti di bawah.Boleh cari di Mr Diy atau kedai bakeri ya.

Terima kasih kepada Puan Leina Qaliena di atas sumbangan resepi biskut almond london untuk kami cuba bersama. Untuk sukatan adunan bahan biskut raya di bawah ni, boleh hasilkan 100-110 biji almond london ya yang saiznya sama besar.

Memang tak rugi anda cuba resepi biskut almond london ni.Dengan tips lengkap, hasilnya dapat almond london sama saiz, coklat tak melekat dan rangup.Best

Bahan Resepi Biskut Almond London Terbaik :

  • 250 gram pure unsalted butter
  • 80 gram gula aising
  • 1 biji kuning telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan serbuk badam
  • 3 sudu makan susu tepung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh emplek
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 4 1/2 cawan tepung gandum

Bahan Coklat :

  • 500 gram Beryls Milk Compound
  • 1 sudu makan butter/minyak sapi/marjerin untuk setiap 500 gram coklat.

Kalau guna lebih ikut je sukatan seperti di atas.

Bahan Salut Almond London :

  • Badam cincang secukupnya yang dipanggang seketika atau disangai untuk rangup

Cara Penyediaan Resepi Biskut Almond London Sedap :

#1: Sediakan bahan asas dulu, sangai tepung gandum, panggang atau sangai badam dan juga badam cincang.Ketepikan. Dalam satu bekas masukkan butter,gula aising,kuning telur dan esen vanilla. Tak perlu guna mixer tapi kacau dengan senduk kayu sahaa dah cukup.Kita taknak biskut kembang.

Masukkan pula, serbuk badam,susu tepung,baking powder,emplex tepung jagung dan sebatikan.Boleh uli guna tangan.Barulah masukkan tepung gandum yang siap disangai sedikit demi sedikit.

#2: Uli hingga adunan tak melekat di tangan dan boleh dibentuk serta tak berderai.Ambil doh dan lekatkan dalam sudu seperti di bawah dan masukkan badam, tutup bahagian atas dengan doh.Susun dalam tray pembakar. Sambil tu boleh panaskan oven 10 minit pada suhu 170’C.

Memang tak rugi anda cuba resepi biskut almond london ni.Dengan tips lengkap, hasilnya dapat almond london sama saiz, coklat tak melekat dan rangup.Best

Dah susu cantik boleh bakar dalam oven pada suhu 165’C guna api atas bawah selama 25 minit.Ikut oven anda ya. Sejukkan.

#3: Menggunakan kaedah double boil, cairkan coklat bersama butter atau minyak sapi.Celup biskut tadi ke dalam coklat dan barulah letak dalam kertas pembalut. Taburkan sedikit badam cincang. Sejukkan.

Bila coklat dah kering barulah susun dalam bekas.Guna cara camni, biskut almond london memang terbaik.Coklat tak melekat dan tak cair di tangan.

Memang lengkap dan terbaik resepi biskut raya almond london kami berikan khas untuk anda cuba.Selamat mencuba. Jangan lupa beri pada kami juga.heeee.Gurau.

Memang tak rugi anda cuba resepi biskut almond london ni.Dengan tips lengkap, hasilnya dapat almond london sama saiz, coklat tak melekat dan rangup.Best