Resepi Biskut Arab Gebu Hanya Guna 4 Bahan Sahaja. Mudahnya Lahai.

389079
Wow guna 4 bahan je untuk resepi biskut arab ni.Memang mudah sangat tapi rasa dia best.Sesuai untuk masuk dalam koleksi biskut raya nanti.Sangat sedap

Dah tak lama menjelang bulan Ramadhan , kami mahu berikan anda resepi biskut arab yang guna 4 bahan sahaja. Memang sangat mudah. Boleh la anda buat untuk koleksi biskut raya dan kalau rajin, boleh ambil tempahan sekali. Dapat jana pendapatan.

Resepi biskut arab ni macam-macam orang buat dan ubahsuai.Ikut citarasa la kan. Ada yang letak ceri merah hijau atas biskutnya, ada yang suka gaul dengan gula aising, ada yang suka gaul biskut arab ni dengan susu tepung dan tak kurang yang suka tak de gaul apa-apa pun.

BACA DI LINK BARU : Resepi Bihun Sup Utara Original Kedah. Ini Baru Betul-Betul Sedap

Jadi tiada salah tiada betul asalkan anda rasa sedap pada tekak, buat sahaja. Heee. Bahan utama yang memastikan kesedapan biskut arab ni ialah minyak sapi. Yang ni anda kena ikut.Barulah bau harum biskut raya anda.

Wow guna 4 bahan je untuk resepi biskut arab ni.Memang mudah sangat tapi rasa dia best.Sesuai untuk masuk dalam koleksi biskut raya nanti.Sangat sedap

Bahan Resepi Biskut Arab Gebu :

  • 1 cawan  susu tepung nespray
  • 1 cwn minyak sapi/ghee. Biarkan macam tu. Tak perlu dicairkan.
  • Sedikit garam
  • 3 1/2 cawan  tepung gandum yang telah diayak
  • Ceri merah untuk hiasan jika mahu. Dipotong kecil
  • Gula aising atau susu tepung jika suka .Untuk golek biskut arab yang masak nanti

Cara Penyediaan Biskut Arab Sedap :

#1: Dalam sebuah bekas, masukkan susu tepung, minyak sapi dan garam. Gaul dengan sebati dan sekata. Guna tangan je senang.Selepas itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang cantik sekata dan sebati.

#2: Bentukkan doh menjadi bulat kecil , letakkan doh di atas dulang pembakar , hiaskan dengan ceri jika mahu cantik biskut arab anda . Jangan bulatkan besar-besar ya sebab nanti bila bakar, biskut arab anda akan mengembang sedikit. Jadi agak-agak size yang kena dengan selera anda.Panaskan oven selama 5 minit pada suhu 180’C . Selepas itu, masukkan dulang pembakar yang mengandungi susunan biskut tadi, bakar selama 15 -20 minit bergantung pada jenis oven anda pada suhu 180’C dengan api atas bawah.

Wow guna 4 bahan je untuk resepi biskut arab ni.Memang mudah sangat tapi rasa dia best.Sesuai untuk masuk dalam koleksi biskut raya nanti.Sangat sedap

#3: Biskut yang telah masak dikeluarkan dan disejukkan terlebih dahulu sebelum digaul dengan gula aising atau susu tepung.Lepas tu susun je dalam bekas kedap udara.

Wahh..senang kan resepi biskut arab ni.Tapi rasa memang sangat sedap. Gebu gitu. Kami harap anda mencuba sendiri untuk dijadikan hidangan biskut raya untuk hari lebaran nanti ya.