Resepi Biskut Badam Premium Yang Menggoda Selera Para Tetamu

26244
Memang terbaik la resepi biskut badam premium ni.Rasa berbeza sama sekali dengan biskut kacang. Kami beri tips istimewa khas untuk anda.Jom buat biskut ni.

Menjelang hari lebaran yang bakal tiba, rasanya artikel resepi biskut badam premium ni sangat sesuai untuk anda buat dan simpan khas untuk anak-anak yang balik kampung, kepada ibu dan ayah yang berada di desa atau kepada yang tersayang.

Walaupun menggunakan kekacang iaitu badam , tapi rasa dan aroma resepi biskut badam ini berbeza sama sekali dengan biskut kacang tanah. Sebelum ni pun kami ada tulis di bawah 2 artikel resepi biskut kacang peas dan juga kacang tanah untuk anda.

Jadi kalau tahun ini nak mencuba kelainan, apa kata cuba isi balang biskut dengan biskut badam ni. Berbaloi.

Untuk jadikan resepi biskut badam ini bertambah sedap, anda guna badam mentah. Sangai iaitu goreng tanpa minyak di dalam kuali atau bakar dalam oven terlebih dahulu badam , kemudian kisar hingga cukup 3 cawan. Memang lain rasa nya dengan anda guna sendiri serbuk badam yang sedia ada dijual di bakeri.

Jadi terpulang mahu guna yang mana ikut selera anda ea.Untuk acuan biskut badam pun sama.Nak bentukkan macam mana, nak terap macam mana , ikut selera.Hee

Memang terbaik la resepi biskut badam premium ni.Rasa berbeza sama sekali dengan biskut kacang. Kami beri tips istimewa khas untuk anda.Jom buat biskut ni.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuzi Kambing Sedap Menggiurkan Untuk Anda Cuba Sendiri

Terima kasih kepada Puan Masni Bahari atas sumbangan resepi biskut badam ni. Memang sedap betullah, terasa badam nya. Berbeza dengan biskut kacang.Yelah , badam kan makan mentah pun sedap.Sesuai lah dengan harganya yang premium kan.

Untuk mudahkan anda , cawan yang digunakan dalam resepi biskut badam ini adalah 250ml.Anda boleh dapatkan di mana-mana kedai bakeri.

Bahan Resepi Biskut Badam Biskut Raya Premium :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan serbuk badam ( ikut pilihan langkah di atas )
  • 1 1/2 cawan gula ( kurangkan ikut tahap manis anda nak )
  • 1 cawan majerin ( dicairkan dan sejukkan pada suhu bilik )
  • 1 biji telur ayam
  • Secubit garam

Bahan Hiasan :

  • Telur kuning sahaja
  • Badam cincang
  • Pewarna kuning

Cara Penyediaan Resepi Biskut Badam :

#1: Dalam satu bekas, masukkan semua bahan KECUALI marjerin yang telah dicairkan. Ramas sebati dahulu sebelum masukkan marjerin sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh dan tidak lekat di tangan.

Andai kata doh dah terbentuk cantik tetapi marjerin masih tidak habis, takpe. Tak perlu tuan habis.

Memang terbaik la resepi biskut badam premium ni.Rasa berbeza sama sekali dengan biskut kacang. Kami beri tips istimewa khas untuk anda.Jom buat biskut ni.

#2: Sama ada anda nak gentel adunan ikut berat dan masukkan dalam acuan atau canai ikut ketebalan anda mahu sekitar 0.8-1.0 cm dan terap ikut acuan, ianya terpulang. Asalkan cantik. Sambil tu boleh la panaskan oven pada suhu 180’C sekitar 10 minit.

#3: Dah terap cantik susun atas dulang pembakar dan sapu bahan hiasan iaitu telur kuning yang dimasukkan 1-2 titik pewarna kuning serta tabur sedikit badam cincang.

Badam cincang ada dijual di bakeri .Senang.

Bakar dalam oven pada suhu 175-180’C ikut oven anda masing-masing selama 25-30 minit menggunakan api atas bawah,

Nak tahu biskut badam anda masak ke belum, dah sampai masa, tolak biskut.Kalau bergerak mudah tanpa sebarang kesan, dah masak dah tu.Selain tu tengok di bawah biskut, Kalau terlalu hangit, rendah masa pembakaran atau suhu. Sebab oven kadang-kadang kita sendiri je yang tahu ragam nya.

Dah siap dah resepi biskut badam.Tak menyesal buat sebab sedap sangat.Selamat mencuba.