Kami nak kongsikan resepi biskut ban rock pada anda hari ini. Mesti ada yang tertanya-tanya apa jenis biskut lah. Nama kemain gempak. Sedap ke tidak,kena buat macam mana. Haaa takpe, semua kami terangkan di bawah ini.
Resepi biskut ban rock ini adalah sejenis biskut yang nampak daripada luaran keras, tapi bila gigit, eh lembutnya. Ianya macam biskut coklat chip lah, cuma untuk biskut ini digunakan kismis.
Kalau anda tak de kismis ? Nak ganti dengan apa untuk biskut ban rock ini. ?
Boleh gunakan isi kurma yang dipotong kecil-kecil, boleh gunakan ceri merah atau ceri hijau. Semua terpulang pada selera anda.
BACA DI LINK BARU : Resepi Badak Berendam Inti Kelapa Best Untuk Pemanis Mulut
Salah satu tips resepi biskut ban rock ini ialah jangan over/terlebih kacau adunan. Kacau cukup sekadar sebati dan menggunakan tangan sahaja.Nanti barulah cantik kesan rekahan yang akan anda perolehi.
Sekali pandang biskut ini seperti scone, tapi bila digigit, baru anda nampak perbezaan.
Terima kasih kepada Tuan Saiful Azli Suhaimi di atas sumbanagn resepi ban rock ini. Ringkas dan senang untuk disediakan oleh para ibu pada waktu begini.
Bahan Resepi Biskut Ban Rock Mudah :
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 tsp serbuk penaik
- 85 gram mentega
- 1/3 cawan gula
- 1/2 cawan kismis
- 1 biji telur
- 70 ml susu segar/UHT
Cara Buat Resepi Biskut Ban Rock Kismis :
#1: Campurkan tepung gandum, serbuk penaik dalam bekas dan ayak 2-3 kali. Ketepikan seketika. Dalam bekas lain, masukkan mentega dan gula putih. Kacau hingga gula hancur dan baru tambahkan telur.
Masukkan secara berselang seli tepung yang telah diayak tadi bersama dengan susu serta kismis.Kacau menggunakan senduk kayu sahaja sekadar sebati.
#2: Panaskan oven anda pada suhu 215’C selama 10 minit dan alaskan dulang pembakar dengan kertas baking paper.
Dengan menggunakan dua garpu, letakkan adunan
atas dulang “seperti batu” . Letak berjarak dengan satu sama lain kerana ia akan mengembang. Taburkan dengan sedikit gula di atas permukaan biskut dan bakar selama kira-kira 12-15 minit bergantung pada oven anda.
Biskut ban rock yang sudah masak akan bewarna keperangan dan merekah cantik. Boleh sejukkan dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Mudah kan. Boleh anda buat resepi ini.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom