Resepi Biskut Bangkit Cheese Rangup Meletop Kesedapan Dalam Mulut

27041
Nampak pun dah sedap resepi biskut bangkit cheese ni.Apatah lagi kalau rasai sendiri. Dengan rangupnya, dengan cheesenya,berbaloi buat untuk raya nanti

Hari ni kami nak berikan anda resepi biskut bangkit cheese untuk bergandingan dengan biskut raya lain yang bakal anda hidang kepada para tetamu. Memang banyak dah kan resepi biskut raya yang kami berikan untuk anda pilih yang mana sesuai.

Kalau diikutkan , 20-30 artikel biskut raya lengkap dengan resepi dan tips telah kami siarkan di laman web ini.Semestinya boleh buatkkan rambang mata nak pilih yang mana satu.hee

Berbalik kepada resepi biskut bangkit cheese ini, rasa biskutnya meletop kesedapan dan mudah cair di dalam mulut.Untuk bahan sukatan dalam resepi ni, ianya adalah sesuai sebab rasa manis yang terhasil pertengahan sahaja tidak terlalu manis.

BACA DI LINK BARU : Resepi Rendang Kerang Pedas Yang Menggiurkan. Kena Cuba Tau.

Yang menjadikan biskut ini rangup adalah penggunaan tepung ubi dan juga tepung jagung yang disangai sekejap untuk pastikan kelembapan dalam tepung benar-benar hilang. Untuk acuan biskut bangkit pula, anda boleh guna acuan apa yang ada di rumah dan tak semestinya kena cari acuan yang serupa.

Terima kasih kepada Puan Alya Kitchen di atas sumbangan resepi biskut bangkit cheese ni. Kalau anda nak buat tempahan, boleh ke fb dengan nama ini.Senang beli je.Harga memang berpatutan.

Nampak pun dah sedap resepi biskut bangkit cheese ni.Apatah lagi kalau rasai sendiri. Dengan rangupnya, dengan cheesenya,berbaloi buat untuk raya nanti

Bahan Resepi Biskut Bangkit Cheese Sedap :

Bahan A :

  • 250 gram buttercup / unsalt butter ( ikut pilihan )
  • 2 biji kuning telur ayam
  • 150 gram gula ising
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 100 gram cheese sagat.Gunakan cheese yang berbentuk 4 segi tu. Kalau nak guna cheese yang siap diparut pun tiada masalah.

Bahan B : 

  • 310 gram tepung ubi disangai.
  • 300 gram tepung jagung disangai

Cara Penyediaan Resepi Biskut Bangkit Cheese Susu :

#1: Untuk bahan A , boleh gunakan mixer tangan untuk cepatkan kerja. Masukkan buttercup bersama gula ising dan kuning telur.Kacau sekadar adunan mulai sebati tak perlu kembang. Nanti kembang sangat biskut bila dibakar nanti.

Tambahkan susu tepung dan juga cheese yang diparut tadi.Cukup kacau dengan spatula/senduk kayu sahaja. Masukkan sedikit demi sedikit tepung ubi dan tepung jagung yang digaul bersama.

#2: Uli adunan hingga membentuk doh dan tidak melekat di tangan. Bulatkan dan canai adunan doh sekitar 0.8-1 cm dan tekap menggunakan acuan pilihan. Boleh panaskan oven pada suhu 160’C selama 10 minit.

Nampak pun dah sedap resepi biskut bangkit cheese ni.Apatah lagi kalau rasai sendiri. Dengan rangupnya, dengan cheesenya,berbaloi buat untuk raya nanti

Susun biskut yang siap di atas dulang pembakar. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 150-160’C ikut oven masing-masing guna api atas bawah.

Bila dah sejuk baru tolak dan keluarkan dari dulang pembakar dan simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba resepi biskut bangkit cheese untuk koleksi biskut raya anda nanti ea.