Kalau aanda buat resepi biskut cadbury cheese ini untuk koleksi biskut raya, mesti lagi meriah kan. Dengan rasa biskut yang rangup dan sedap serta rasa coklat cabbury,memang menjadi tarikan utama.
Sedikit tips untuk anda buat resepi biskut cadbury cheese ini : Gunakan mentega dari jenama Buttermas untuk dapatkan biskut yang sempurna kejadiannya.
BACA DI LINK BARU : Resipi Kuih Tako Sagu Best Beserta Tutorial Kelongsong
Untuk pemilihan tepung, anda boleh guna tepung gandum seperti biasa atau gunakan tepung superfine.Nak lagi sedap, mestilah tepung superfine.
Bila anda ikut tips yang kami sediakan ini, barulah kualiti biskut raya yang dihasilkan pada tahap tertinggi. Menarik kan.
Terima kasih kepada Puan Reyhan Baseer di atas sumbangan resepi biskut cadbury cheese untuk dijadikan biskut raya tahun ini. Semoga Puan disembuhkan dari penyakit dan dimurahkan rezeki.
Kalau anda nak jual, bergantung pada kos semasa , untuk 50 biji boleh dijual pada harga 48-49 ringgit ya.
Bahan Resepi Biskut Cadbury Cheese :
- 180 gram butter/mentega ( saya guna buttermas)bg saya kurang sesuai guna brand butter lain, sb dia akan meresap minyak dr butter and dough cookies akan cpt lemau
- 80 gram shortening
- 90 gram gula icing
- 1 biji kuning telur (grade A)
- 1 1/2 sudu makan esen vanila
- 120 gram cream cheese
- 400 gram tepung gandum
- 80 gram tepung jagung
- coklat Cadbury secukupnya
Cara Buat Resepi Biskut Cadbury Cheese Sedap :
#1: Dalam mixer, masukkan semua bahan A dan pukul sehingga kembang sekitar 4 minit. Selepas itu tambahkan Bahan B ke dalam bekas dan uli manual menggunakan tangan sehingga adunan menjadi rata.
Bila adunan dah sia diuli, tutup adunan dengan plastik wrap dan rehatkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
#2: Potong adunan biskut mengikut saiz acuan coklat cadbury. Anda boleh gunakan corak acuan yang disukai. Bila dah siap buat acuan, letakkan coklat cadbury di bahagian atas biskut. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 135’C selama 10 minit.
#3: Masukkan biskut yang telah siap ke dalam oven dan bakar selama 20-25 minit dgn suhu 120-130 celcius. Guna api bawah sahaja ya. Bila dah masak, sejukkan biskut sebelum disusun ke dalam botol
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom