Resepi Biskut Cerelac Sabah Untuk Koleksi Biskut Raya

58691
Untuk rasa asli resepi biskut cerelac ni, gunakan minyak sapi yang asli atau pure seperti jenama QBB tu.Memang lemak elok jadinya biskut cerelac ni tambahtambah dengan salutan luar siap ada susu tepung nespray.

Bagi mereka yang kurang biasa membuat biskut raya,ada yang menganggap resepi biskut cerelac adalah sama dengan biskut nestum.Ianya tak sama ya.Biskut cerelac kalau diikutkan lebih popular di Sabah berbanding Semenanjung pada asalnya sebelum melebar luas ke Semenanjung.

Kalau anda penggemar biskut yang berlemak dan bersusu seperti biskut suji,biskut nestum,anda juga akan mudah jatuh hati saat pertama menyuapkan biskut ini. Kenapa tidakknya,bahan resepi biskut cerelac jika dibuat betul-betul,memang premium.

Pertamanya biskut ini guna minyak sapi. Bagi yang belum tahu,minyak sapi ini terhasil daripada lemak susu lembu yang direneh sehingga air mengering dan mendapan protein terhasil.

Minyak sapi dipercayai bermula dibuat di India, yang digunakan sebagai bahan tambahan makanan atau bahan perisa makanan untuk masakan orang India dan juga orang Mesir

Antara jenama yang menjadi pilihan adalah Pure Ghee QBB.Walaupun sedikit mahal tapi berbaloi untuk rasa biskut cerelac yang sebetulnya.

BACA LAGI : Resepi Biskut Milo Tabur Sukatan Cawan Untuk Koleksi Biskut Raya

Untuk salutan luar biskut ini , ianya menggunakan susu tepung Nespray dan juga Cerelac itu sendiri.Dengar pun dapat bayangkan kesedapan biskut Cerelac ni,apatah lagi tetamu yang merasainya pada hari lebaran nanti. Bertambah lagi pilihan koleksi biskut raya tahun ini.

Untuk rasa asli resepi biskut cerelac ni, gunakan minyak sapi yang asli atau pure seperti jenama QBB tu.Memang lemak elok jadinya biskut cerelac ni tambahtambah dengan salutan luar siap ada susu tepung nespray.

Bahan-bahan Resepi Biskut Cerelac Lemak Bersusu :

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 400 gram tepung ubi kayu atau namanya cornstarch
  • 250 gram  butter.Untuk kesedapan tiada tolak bandingan gunakan pure unsalted butter.Kalau tak, buttercup pun boleh.
  • 500 gram minyak sapi.Pilih yang pure ghee atau minyak sapi asli seperti brand di atas ya.

Bahan salutan luar biskut cerelac : 

  • 1 cawan Nestle Cerelac yang tin bewarna biru
  • 1/2 cawan susu Nespray

Gunakan cawan sukatan metrik untuk hasilkan apa-apa resepi biskut raya ya untuk sukatan yang tepat.

Cara-cara penyediaan resepi biskut cerelac Sabah ini : 

#1: Campurkan minyak sapi dan butter bersama gula halus dan pukul hingga sebati dan kembang.Jangan terlalu kembang nanti gemok jadinya sewaktu dibakar nanti.Pukul guna tangan dah cukup dah.

#2: Ayak tepung gandum bersama tepung ubi kayu tadi terlebih dahulu dalam 2 kali untuk lebih sebati sebelum dimasukkan ke dalam adunan di atas.Masukkan sikit demi sedikit dan gaul hingga sebati dan membentuk doh.

Untuk rasa asli resepi biskut cerelac ni, gunakan minyak sapi yang asli atau pure seperti jenama QBB tu.Memang lemak elok jadinya biskut cerelac ni tambahtambah dengan salutan luar siap ada susu tepung nespray.

Biasanya kuantiti tepung yang digunakan ada lebihan sedikit sebab kita nak doh yang lembut.Jangan keras sebab nanti tak rangup biskut anda.

Tapi kadang-kadang terbabas juga sewaktu menguli doh biskut raya ni kan. Kalau keras,tambahkan minyak sapi sikit dan kalau doh lembik pula baru masuk tambah tepung.

#3: Canai ikut ketebalan yang anda mahu.Tips untuk elak melekat dan senang nak bersihkan nanti,doh letak ke dalam platik yang anda potong.Baru gelek.

Biskut Cerelac jika di Sabah lebih popular dengan acuan berbentuk bunga.Tapi tak de masalah anda nak terap dengan bentuk apa yang anda suka.Nak gentel bulat sahaja pun boleh.

#4: Panaskan oven terlebih dahulu barulah dibakar pada suhu 150’C-170’C selama 20-25 minit bergantung kepada oven anda sendiri.

Untuk rasa asli resepi biskut cerelac ni, gunakan minyak sapi yang asli atau pure seperti jenama QBB tu.Memang lemak elok jadinya biskut cerelac ni tambahtambah dengan salutan luar siap ada susu tepung nespray.

Dah siap masak baru salut dalam campuran cerelac dan susu tepung Nespray tadi.Siap.Memang cukup lemaknya,berderai dalam mulut penuh rasa pekat susu dan minyak sapi.

Selamat mencuba dan jangan derhaka resepi serta bahan jika nak dapat hasil premium.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom