Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur . Semestinya resepi biskut coklat chip menjadi pilihan untuk dijadikan koleksi resepi biskut raya tahun ini.Resepi biskut ini yang dsangat menepati citarasa kami. Rasa yang sedap, rangup dan berkrim menjadikan biskut ini antara pilihan kami.
Bagi akak yang mahu mendapatkan hasil yang setanding dengan rasa dan rupa, digalakkan akak membaca 7 Tips Dari Pakar Untuk Hasilkan Biskut Yang Lazat terlebih dahulu untuk betul-betul membantu akak memahirkan diri dalam pembuatan resepi biskut coklat chip almond cookies yang kami sajikan ini.
Terima kasih kepada Puan Norliza Ali di atas sumbangan resepi coklat chip almond cookies ini. Semoga dimurahkan rezeki puan sekeluarga. Katanya dah 30 tahun usia resepi ini.
Bahan -Resepi Biskut Coklat Chip – Resepi Biskut Raya
- 250 gram butter
- 140 gram gula kastor
- 120 gram gula perang
- 2 biji telur ayam Gred A
- 1 sudu teh esen vanilla
- 370 gram tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh garam
- 200 gram almond cincang
- 400 gram coklat chip
Cara Buat Resepi Biskut Coklat Chip Resepi Biskut Raya
#1: Dengan menggunakan hand mixer, pukul 250gm butter dengan 140 gramm gula kastor dan 120 gram gula perang sehingga kembang.Tambahkan 2 biji telur, sebiji dahulu pukul sehingga kembang, baru tambahkan sebiji lagi.
Masukkan 1 sudu teh esen vanilla.
#2: Ayak 370 gram tepung gandum biasa, 1 sudu teh soda bicarbonat dan 1 sudu teh garam ke dalam adunan. Guna spatula dan kacau sebati.
Masukkan 200gm almond cincang dan 400gm chocolate chips.

#3: Gunakan sudu penyukat saiz 1/2 sudu besar atau tablespoon sebagai acuan. Isi sudu penuh penuh, ratakan, cungkil dan letak atas baking pan yg dilapik dengan baking paper. Saya guna pan segi empat 12 inci dan muatkan 25 ketul cookies.
Bakar dalam oven suhu 175°C selama 18 minit menggunakan api atas bawah
Sejukkan biskut coklat chip sebelum simpan dalam bekas yg kedap udara.
Selepas adunan siap, boleh simpan dalam peti sejuk selama setengah jam supaya senang untuk dibentuk, tidak terlalu lembik.

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom