Resepi Biskut Coklat Chip

140573
Mesti cuba Resepi Biskut Coklat Chip - Resepi Biskut Raya 2016 .Memang sangat-sangat sedap dan rangup . Terasa coklat chip nya. Jom buat untuk raya ni.
Mesti cuba Resepi Biskut Coklat Chip - Resepi Biskut Raya 2016 .Memang sangat-sangat sedap dan rangup . Terasa coklat chip nya. Jom buat untuk raya ni.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur . Semestinya Resepi Biskut Coklat Chip – Resepi Biskut Raya 2016 yang disediakan ini sangat menepati citarasa kami. Rasa yang sedap, rangup dan berkrim menjadikan biskut ini antara pilihan kami.

Bagi akak yang mahu mendapatkan hasil yang setanding dengan rasa dan rupa, digalakkan akak membaca 7 Tips Dari Pakar Untuk Hasilkan Biskut Yang Lazat terlebih dahulu untuk betul-betul membantu akak memahirkan diri dalam pembuatan resepi Biskut Coklat Chip – Resepi Biskut Raya 2016 yang kami sajikan ini

Bahan – Bahan Resepi Biskut Coklat Chip – Resepi Biskut Raya 2016

2 cawan tepung gandum yang diayak terlebih dahulu
1 sudu kecil baking soda
Secubit  garam
1 cup butter yang berada pada suhu bilik. Sejukkan terlebih dahulu jika ada dalam peti
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil air mineral/masak
1 sudu kecil essen vanilla
2 biji telur gred A ( di pukul sedikit)
2 cawan coklat chip

Resepi Biskut Coklat Chip – Resepi Biskut Raya 2016

Pertama ,  campurkan campuran tepung , soda bikarbonat dan garam . Asingkan seketika . Ambil bekas yang lain dan masukkan butter dan gula. Pukul sekejap sahaja sehingga adunan sedikit sebati. Masukkan pula essen vanilla , air dan telur. Teruskan mengacau sehingga sebati dan selepas itu masukkan tepung tadi yang telah dicampur sedikit demi sedikit. Apabila adunan telah sebati , masukkan pula coklat chip tadi.

BACA DI LINK BARU : 5 Alat Berkualiti Menjadikan  Bulan Ramadhan Anda Berjalan Lancar
Kedua
, guna sudu untuk ambil adunan dan tekan ke dalam dulang pembakar untuk biarkan adunan menjadi leper. Jarakkan dengan acuan yang lain kerana biskut ini akan mengembang.

Ketiga , panaskan oven pada suhu 160’C selama 10 minit dengan menggunakan api atas dan bawah. Selepas itu , masukkan biskut yang telah disusun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu yang sama selama 9-10 minit bergantung pada suhu oven masing-masing.

Wahhh..siap dah selepas itu. Jangan lupa biarkan sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Resepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut Kacang
Resepi Biskut Arab Gebu

Resepi Biskut Makmur

Resepi Biskut Florentine

Resepi Biskut Pelangi
Resepi Biskut Tart Nenas Keju
Resepi Biskut Dahlia Rangup
Resepi Biskut Buah Kana

serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel