Resepi Biskut Cornflakes Madu

18810
Biskut Cornflakes Madu memang sesuai untuk dihidangkan pada hari lebaran dan sangat senang disediakan . Tidak memerlukan tepung dan telur seperti biskut lain
Biskut Cornflakes Madu memang sesuai untuk dihidangkan pada hari lebaran dan sangat senang disediakan . Tidak memerlukan tepung dan telur seperti biskut lain


Biskut Cornflakes Madu memang sesuai untuk dihidangkan pada hari lebaran dan sangat senang disediakan . Tidak memerlukan tepung dan telur seperti biskut lain, tetapi mempunyai rasa yang sangat rangup, ianya tersenarai untuk koleksi resepi biskut raya 2015 . Jom tengok cara membuat biskut ini untuk 50-60 biji .

Bahan-Bahan  Resepi Biskut Cornflakes Madu

4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan

Cara- Cara Membuat Biskut Cornflakes Madu

1.Masukkan mentega dan madu ke dalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana/kecil sehingga kedua-dua bahan cair. Cornflakes pula dimasukkan ke dalam mangkuk besar. Tunggu hingga campuran mentega dan madu sejuk. Masukkan campuran kedua-dua bahan itu ke dalam cornflakes

2. Gaulkan conflakes dan campuran mentega madu sehingga sebati. Masukkan ke dalam papercup dan atur ke dalam dulang pembakar. Masukkan hiasan sprinkles atau apa-apa bahan yang akak suka untuk biskut cornflakes madu ini.

Biskut Cornflakes Madu memang sesuai untuk dihidangkan pada hari lebaran dan sangat senang disediakan . Tidak memerlukan tepung dan telur seperti biskut lain
Biskut Cornflakes Madu memang sesuai untuk dihidangkan pada hari lebaran dan sangat senang disediakan . 

3. Bakar pada suhu 130-140 selama 10-13 minit mengikut kesesuaian oven akak .

4. Simpan dalam bekas kedap udara. Yeah , siap dah kan resepi biskut cornflakes madu.

Jangan lupa berkongsi pada kawan-kawan yang memerlukan ea .

Facebook Pages : Resepi Kek & Puding
Laman Web : Daridapur.com

Klik tags di bawah untuk Koleksi Biskut Raya 2015