Resepi Biskut Cornflakes Badam Rangup.Jom Buat Raya Ni.

44531
Antara resepi biskut raya yang senang.Kami berikan resepi biskut cornflakes badam.Memang menjadi fav kami . Jom kita buat untuk raya nanti.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur . Untuk koleksi biskut raya tahun ni, apa kata kita cuba resepi biskut cornflakes badam yang rangup.Biskut ini menjadi pilihan untuk kami siarkan bagi membantu anda membuat biskut yang rangup dan sedap ini taw. Jom tengok resepi biskut raya ini.

Resepi biskut cornflakes badam ini memang sesuai untuk dijadikan hidangan biskut raya nanti disebabkan rasa nya yang rangup dan mudah untuk disediakan. Boleh la ajak anak buat bersama.

Mesti seronok kan kenangan buat biskut raya camni. Teringat kami zaman kecil dulu.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Bom Berinti Kacang Beserta Tips Menggorengnya

Bahan Resepi Biskut Cornflakes Badam

Untuk 100 biji biskut

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 3/4 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan setengah cornflakes yang belum dihancurkan
  • 3 sudu besar badam yang telah dihancurkan. ( bakar dalam oven 5 minit pada suhu 160’C , dan blender kering 70% hancur atau cincang )
  • 150 gram butter
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji kuning telur sahaja Gred A
  • 1/2 cawan cornflakes yang telah hancur diramas

Antara resepi biskut raya yang senang.Kami berikan resepi biskut cornflakes badam.Memang menjadi fav kami . Jom kita buat untuk raya nanti.

Cara Penyediaan Biskut Cornflakes Badam Rangup :

#1: Tepung jagung , gandum dan baking powder dicampurkan dan diayak terlebih dahulu . Ketepikan seketika. Ambil cornflakes yang belum hancur dan hancurkan lebih kurang 40-50% kadar hancur. Ketepikan seketika.

#2: Menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana , pukul butter , gula kastor sehingga sebati dna warna bertukar menjadi putih . Selepas itu masukkan lagi kuning telur dan teruskan pukul sehingga menjadi sebati.

Masukkan pula sedikit demi sedikit campuran tepung tadi , badan hancur dan juga cornflakes pada langkah pertama tadi. Kacau sebati menggunakan spatula kayu. Jangan risau jika adunan menjadi lembik. Itu normal.

#3: Panaskan oven pada suhu 170’C selama 15 minit. Ambil adunan dan bulatkan adunan mengikut size yang anda suka , selepas itu , tekan adunan agar menjadi leper dan celup serta gaul adunana yang leper tadi ke dalam cornflakes hancur. Selepas itu barulah disusun ke atas dulang pembakar. Bakar selama 15 minit pada suhu yang sama iaitu 170’C.

Antara resepi biskut raya yang senang.Kami berikan resepi biskut cornflakes badam.Memang menjadi fav kami . Jom kita buat untuk raya nanti.

Memang senang kan ? Biskut yang masak dibiarkan sejuk dan disimpan dalam bekas kedap udara untuk bertahan lebih lama.Selamat mencuba resepi biskut cornflakes badam ni.