Resepi Biskut Dahlia Menawan Hati Senang Dibuat

138721
Tak lengkap biskut raya kalaau tiada resepi biskut dahlia ni. Boleh laah anda cuba buat dan berpuas hati dengan hasilnya sebab kami dah bagi tips penuh.best

Kami berikan resepi biskut dahlia ini untuk anda cuba sendiri kesedapan biskut raya ini dengan rasa sedikit rangup diluar tapi lembut di dalam.Rasa rangupnya terhasil daripada tepung jagung dan kelembutan biskut daripada penggunaan tepung kastard.

Bagi anda yang pertama kali mencuba resepi biskut dahlia ini, kami memang berikan dalam bentuk sukatan berat.Anda hanya ikut sukatan yang tepat dan Insyaallah boleh berpuas hati dengan hasilnya.

Untuk acuan pula, boleh dibeli di kedai bakeri.Mudah dapat.Sama ada nak pilih jenis acuan pecha berapa kelopak dahlia nya terpulang.

BACA DI LINK BAARU : Mee Kari Resepi Istimewa Penuh Tips Untuk Sedapkan Kuah

Boleh la ganding dengan aneka resepi biskut raya yang dah kami tulis sebelum ni.Banyak.Dalam anggaran 20-30 resepi biskut raya. Buat 5-6 jenis pundah ok sangat kan.

Tak lengkap biskut raya kalaau tiada resepi biskut dahlia ni. Boleh laah anda cuba buat dan berpuas hati dengan hasilnya sebab kami dah bagi tips penuh.best

Bahan Resepi Biskut Dahlia Premium :

  • 300 gram mentega
  • 125 gram gula aising
  • 2 biji kuning telur sahaja
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 240 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung jagung
  • 160 gram tepung kastard .

Ketiga-tiga tepung dicampur dan diayak kering supaya sebati. Kalau anda suka hiasan di atas biskut, boleh la letak ceri merah atau manik makanan di atasnya. Ikut kesukaan.

Cara Penyediaan Resepi Biskut Dahlia :

#1: Putarkan mentega dan gula asing sekadar gula hancur dan sebati.Jangan terlalu kembang dan berminyak.Nanti bila bakar biskut dahlia tu,ianya menjadi terlalu kembang bila dibakar.

Dah sebati masukkan kuning telur dan kacau dengan spatula sahaja supaya bercampur rata.

#2: Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit sambil menguli.Teruskan menguli hingga membentuk yang lembut dan mudah ditekan nanti. Kalau nak masukkan pewarna, boleh bahagikaan doh ke beberapa bahagian mengikut warna anda mahu.

Tak lengkap biskut raya kalaau tiada resepi biskut dahlia ni. Boleh laah anda cuba buat dan berpuas hati dengan hasilnya sebab kami dah bagi tips penuh.best

Untuk elakkan doh masuk angin, tutup doh yang tidak digunkan lagi dengan aluminium foil.Masukkan doh ke dalam alat penekan dan tekan ke atas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega untuk mengelakkan daripada melekat . Nak susun manik/ceri pun boleh atas acuan biskut dahlia tu.

#3: Sebelum bakar, panaskan oven pada suhu 170’C.Kemudian masukkan dulang biskut dan bakar selama 15 – 20 minit pada suhu 170’C guna api atas bawah.

Untuk mengetahui sama ada biskut sudah masak atau tidak, tolak sediikit biskut dan jika ianya bergerak  tanpa melekat , itu tanda biskut dahlia sudah masak sepenuhnya.

Terakhir, untuk pastikan biskut dahlia sentiasa rangup dan kesedapan yang kekal, simpan biskut dahlia akak ke dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk sepenuhnya .Akhirnya , siap dah resepi biskut dahlia rangup yang pasti buat anda puas hati .