Bila menjelang bulan puasa, mula lah dengan menu pelbagai biskut raya menjengah ke dalam sosial media.Semua menarik kan.Kali ini kami mahu berikan resepi biskut dam. Antara biskut raya klasik sezaman dengan biskut kelapa, biskut sampan dan sebagainya.
Walaupun biskut dam ini dah lama, tapi ianya tetap mendapat tempat di hati pembuat serta peminatnya. Yelah, kalau tiada yang lama manakan mungkin ada yang baru kan. Eh , peribahasa pula.Hee
Biskut dam ini senang je bahan-bahannya.Ringkas tapi memerlukan sedikit ketelitian untuk dapatkan hasil yang terbaik.
BACA DI LINK BARU : Ini Cara Sukat Masak Nasi Lemak Untuk Niaga Atau Majlis Keraian
Sewaktu memotong adunan biskut dam ini nanti, anda boleh gunakan benang seperti gambar di bawah. Tujuannya adalah untuk dapatkan tekstur permukaan yang sedikit bergerigi atau kasar. Tapi kalau anda nak potong dengan pisau pun boleh, tapi kena hati-hati sebab adunan lembut dan permukaan biskut hanya jadi rata.
Tak berapa menarik. Jadi boleh la guna benang untuk memotongnya.Terima kasih kepada Puan Athirah Mazalan di atas sumbangan resepi biskut raya ini.
Bahan Resepi Biskut Dam :
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan marjerin jenama Planta
- 1/2 cawan gula castor
- 1 biji telur ayam saiz sederhana
- 3 sudu makan membukit serbuk koko
- Putih telur untuk sapuan gam
Kalau nak dapatkan rasa serbuk koko yang penuh rasa coklat dan tidak pahit, gunakan jenama Van Houten. Tapi sedikit mahallah berbanding yang biasa.Tapi kami suka jenama ini.
Cara Penyediaan Resepi Biskut Dam :
#1: Satukan dalam bekas marjerin dan juga gula.Kacau sebati guna senduk kayu kedua bahan ini. Kacau hingga adunan mulai kembang sedikit dan barulah masukkan telur ayam beserta dengan tepung tadi. Kacau sebati.
#2: Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu adunan biasa dan satu adunan dicampurkan dengan serbuk koko.Masuk dua bahagian doh biskut dam kedalam plastik dan simpan dalam peti sejuk 30 minit. Bahagian bawah bukan freezer ya.
#3: Keluarkan doh dan canai dua-dua doh dengan ketebalan 1 cm setiap satu. Pastikan doh sama saiz untuk dapatkan bentuk biskut yang sama saiz.
Sapukan campuran putih telur ke atas doh putih barulah tampal dengan doh serbuk koko. Ulang semula dengan lapisan berlainan seperti terbentuk dalam gambar.
#4: Di bahagian hujung lapisan yang telah menjadi seperti blok itu kita akan dapat lihat seperti susunan dam. Potongkan hujung yang tidak kemas itu dan seterusnya potonglah biskut itu setebal 1cm setiap keping.Panaskan oven. Bakar biskut dam pada suhu 160-165’C selama 10 minit guna api atas bawah.
Dah siap dah resepi biskut dam untuk koleksi biskut Raya anda.Selamat mencuba.