Resepi Biskut Famous Amos Rangup Mewangi Semerbak

130309
Dari jauh dah wangi semerbak bila bakar biskut raya ni. Kami beri lengkap resepi biskut famous amos untuk anda cuba buat di bulan puasa nanti. Bestnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur .  Resepi biskut famous amos menjadi pilihan untuk kami siarkan bagi membantu akak membuat biskut yang rangup dan sedap ini untuk koleksi biskut raya nanti.

Resepi biskut famous amos ni memang sangat wangi bila dibakar.Bau coklat chip, aroma coklat memang buat dari jauh dah nak cuba biskut ni.

Senang je nak buat biskut ni sebab main gentel tak perlu terap tak perlu acuan.Jadi ianya antara sebab biskut ni jadi pilihan untuk dijadikan hidangan kepada para tetamu yang berkunjung.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Hitam Pahang Original 4 Bahan Sangat Sedap

Bahan Resepi Biskut  Famous Amos 

Bahan A

  • 1/2 cawan gula yang dikisar halus
  • 1/2 cawan gula perang ( brown sugar ) guna yang serbuk
  • 150 gram mentega
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 biji telor Gred A
  • Sedikit garam halus sahaja
  • 1 sudu besar susu segar  ( Guna Dhl Low Fat best )
  • 1 sudu kecil teh esen vanilla
Bahan B
  • 4 cawan tepung gandum * ayak
  • 2 sudu besar serbuk koko * ayak
  • 2 susu besar tepung jagung * ayak
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan kacang walnut yang telah dicincang
  • 2 cawan coklat chips ( pilih yang kurang manis )

Dari jauh dah wangi semerbak bila bakar biskut raya ni. Kami beri lengkap resepi biskut famous amos untuk anda cuba buat di bulan puasa nanti. Bestnya.

Cara Penyediaan Biskut Famous Amos Rangup :

#1: Menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana , adun semua bahan A ke dalam satu bekas besar sehingga menjadi sebati . Ketepikan seketika. Pastikan bahan yang perlu diayak telah   diayak. Selepas itu menggunakan spatula kayu, masukkan satu persatu dan sedikit demi sedkit bahan B seperti tepung gandum terlebih dahulu , barulah serbuk koko dan sebagainya.

Tips – Tepung jagung dimasukkan sehingga adunan menjadi sesuai .Masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung.

#2: Selepas dimasukkan semua bahan , kacau adunan sehingga sebati dan semua bercampur dengan elok. Panaskan oven pada suhu 160’C selama 15 minit. Sementara itu, sudukan adunan dan susun dengan cantik di atas dulang pembakar. Gentel biasa je.

Bakar adunan menggunakan suhu yang sama iaitu 160’C selama 20 minit +- mengikut kesesuaian oven anda.  Siap dah biskut Famous Amos yang sangat rangup ni taw.

Dari jauh dah wangi semerbak bila bakar biskut raya ni. Kami beri lengkap resepi biskut famous amos untuk anda cuba buat di bulan puasa nanti. Bestnya.

Memang senang kan ? Biskut yang masak dibiarkan sejuk dan disimpan dalam bekas kedap udara untuk bertahan lebih lama.Selamat mencuba resepi biskut famous amos ni.