Resepi Biskut Florentine Dan Tips Untuk Elak Lekat

60028
Kalau tengok biskut raya ada biskut florentine ni memang laju je tangan ambil kan. Sebab biskut ini rangup dengan kekacang.Jom buat resepi biskut florentine dan ketahui tips untuk elakkan biskut melekat dan susah dikeluarkan daripada loyang.

Biskut florentine boleh dikategorikan sebagai biskut raya yang mewah.

Kenapa?Walaupun pembuatan yang ringkas tapi harga bahan mentah yang diperlukan untuk biskut raya ini boleh tahan.Sebagai contoh, tepung florenta yang digunakan beharga RM13-14 untuk berat sekitar 450 gram.

 

Itu belum lagi termasuk hirisan badam,biji labu,kuaci hijau dan putih. Yang paling murah bijan hitam.heee. Itu jelah yang paling murah. Jadi kalau anda tak nak buat sendiri dan hanya beli biskut florentine untuk dijadikan koleksi biskut raya, jangan la bagitau mahal penjual jual.Selepas ditolak harga bahan mentah,berapa ringgit sangat lah yang mereka dapat untuk harga masa dan kemahiran yang dicurahkan untuk pastikan hasil yang terbaik.

Rasa biskut florentine memang rangup disebabkan penggunaan kekacang yang terdiri dari pelbagai jenis memang memberikan rasa yang buatkan tangan sentiasa mengambilnya.

Untuk hari ini kami nak berikan resepinya. Memang senang dan berbaloi lah untuk anda cuba di rumah.Oleh sebab biskut florentine ini menggunakan tepung nya tersendiri dan tidak menggunakan sebarang cecair lain,masalah yang anda akan hadapi adalah MELEKAT.

Macam mana tak nak bagi biskut florentine melekat selepas dibakar ? Ada dua tips yang kami sertakan.

Tips pertama dan paling mudah, anda bakar adunan biskut raya mewah ini dalam loyang acuan non stick. Selepas siap dibakar, cuma sejukkan  dan tolak.Akan keluar tanpa segan silu.

Kedua, walaupun anda gunakan parchment paper, masih melekat juga dasar biskut pada kertas dan mengakibatkan sesetengah melekat. Jadi apa perlu buat ?

Pastikan  biskut sudah sejuk dan anda lapkan kertas dengan kain basah supaya kertas parchement atau baking paper tadi lembab.Biarkan seketika  dan barulah ianya mudah dibuang.

Jadi anda nak cuba yang mana ? Bagi kami tips yang pertama mudah.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Kelapa Menggamit Kenangan Keluarga

Selain itu , untuk memotong biskut florentine ini, perlu dilakukan ketikan biskut masih panas.Gunakan pemotong pizza yang beroda tu dan potong ikut saiz yang anda kehendaki. Bila dah sejuk, anda tak dapat potong dan ianya akan patah jika anda paksa.

Bahan-Bahan Resepi Biskut Florentine:
Kuantiti untuk 20-30 kepingan kecil dan nipis.

  • 200 gram tepung florenta
  • 200 gram kuaci hijau
  • 100 gram campuran kuaci putih,badam hiris dan biji labu.
  • 20 gram bijan hitam

Kalau tengok biskut raya ada biskut florentine ni memang laju je tangan ambil kan. Sebab biskut ini rangup dengan kekacang.Jom buat resepi biskut florentine dan ketahui tips untuk elakkan biskut melekat dan susah dikeluarkan daripada loyang.

Cara-cara penyediaan biskut florentine :
Anda boleh tengok vidoe tutorial yang kami sertakan di bahagian bawah.

#1: Bakar kekacang kecuali bijan hitam dan tepung di dalam oven pada suhu 160’C selama  5 minit untuk keringkan dan keluarkan bau.

#2: Sediakan loyang empat segi bersaiz 14 x 14 inci  atau saiz bulat yang di alas dengan parchment paper atau anda guna loyang non stick.

#3: Di dalam bekas, satukan semua bahan-bahan di atas dan gaul sehingga semuanya rata, Tuangkan campuran ke dalam loyang yang telah disediakan. Lapiskan adunan biskut florentine sehingga melitupi ruang loyang.

Kalau tengok biskut raya ada biskut florentine ni memang laju je tangan ambil kan. Sebab biskut ini rangup dengan kekacang.Jom buat resepi biskut florentine dan ketahui tips untuk elakkan biskut melekat dan susah dikeluarkan daripada loyang.

#4: Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 160’C , selepas itu masukkan loyang dan bakar selama 10 minit menggunakan api atas bawah dan baki 5 minit lagi untuk api bawah.

Nak tahu masak ke tidak, tengok tepung mula bertukar cecair jernih seperti gam dan kacang keperangan.Dah boleh keluarkan dah biskut florentine ni. Terus potong empat segi ya dengan pemotong pizza atau pisau.

Bila dah sejuk baru keluarkan daripada loyang.Selama mencuba koleksi biskut raya biskut florentine ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

VIDEO TUTORIAL BISKUT FLORENTINE