Resepi Biskut Kacang Peas Untuk Koleksi Biskut Raya

13783
Sedapnya bila tengok biskut kacang peas ni.Rasa memang berbeza dengan biskut kacang tanah biasa tapi kedua-duanya sama sedap, Tak gunakan pewarna hijau sebab serbuk kacang peas dah bwarna hijau kan.Sangai dulu serbuknya untuk dapatkan biskut yang harum.

Biasa selalu kita jumpa biskut kacang yang bahan utamanya kacang tanah kan ? Kali ini kami berikan resepi biskut kacang peas.Walaupun kedua-duanya kcang,tapi rasanya sangatlah berlainan dan semestinya sedap untuk dihidang kepada tetamu yang datang berkunjung di hari lebaran.

Macam mana rasa biskut kacang peas ?
Anda pernah makan snek hijau yang perisa kacang peas ? Alah yang sekali makan tak cukup tu.Cuba bayangkan ianya menjadi biskut raya.Sedap kan ?

Camtulah rasanya tau.

Tips untuk dapatkan biskut kacang peas yang wangi dan harum adalah kita kena sangai terlebih dahulu serbuk tepung kacang peas.Maksud sangai adalah menggoreng tanpa menggunakan minyak ya.

Selain itu jangan guna minyak masak biasa.Gunakan minyak sayuran seperti minyak jagung ataupun minyak mazola.Barulah biskut yang terhasil buatkan tetamu yang datang beraya tak henti menjamahnya.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Kelapa Untuk Pilihan Biskut Raya

Bahan-bahan resepi biskut kacang peas:
Sukatan ini menghasilkan 20-25 biji biskut raya,anda boleh gandakan sukatan ikut kuantiti yang dimahukan

  • 150 gram tepung gandum
  • 75 gram serbuk kacang peas
  • 60 gram gula kastor
  • 100 ml minyak jagung atau mazola
  • 1/2 sudu makan buttercup
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam halus ( secubit )

Bahan sapuan

  • 1 kuning telur
  • 1,2 titik pewarna kuning telur

Kali ini kami berikan resepi biskut kacang peas.Rasanya lain dan semestinya sedap untuk dihidang kepada tetamu yang datang berkunjung di hari lebaran.

Cara-cara penyediaan resepi biskut kacang peas :

#1: Sangai sekitar 5-10 minit serbuk kacang peas diikuti dengan tepung gandum.Boleh campurkn sekali.Sejukkan.

#2: Kacau sebati gula dan mentega.Barulah dimasukkan semua bahan di atas kecuali minyak.

#3: Gaul sebati dan mula tambahkan minyak sedikit demi sedikit supaya adunan menjadi doh.

#4: Boleh la bentukkan guna apa-apa acuan yang anda mahu atau bulat kan doh sekitar 10g dan tekan sedikit.Anda boleh juga letak kacang di atas biskut kacang peas ini seperti biskut kacang biasa.Dah siap ,sapukan kuning telur tadi ke atasnya.

Kali ini kami berikan resepi biskut kacang peas.Rasanya lain dan semestinya sedap untuk dihidang kepada tetamu yang datang berkunjung di hari lebaran.

#5: Panaskan oven sekitar 10 minit dan bakar biskut ini ikut suhu oven sekitar 150’C-170’C bergantung oven anda dan tempoh masa 20-25 minit menggunakan api atas bawah atau bila biskut dah mula perang.

Sejukkan biskut dan simpan dalam beks kedap udara.Bertambah satu lagi resepi biskut raya kan.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom