Resepi Biskut Kacang Gebu Di dalam Rangup Di Luar

155420
Jom kita buat resepi biskut kacang gebu di dalam rangup diluar ni untuk koleksi resepi biskut raya tahun ini. Tips dan resepi biskut raya terbaik

Salam dan selamat sejahtera pengunjung dari dapur dot com. Apa kata memandangkan bulan puasa hampir tiba,  jom kita lihat resepi biskut kacang gebu untuk dijadikan sebagai koleksi biskut raya.

Bila sebut mengenai biskut kacang, antara kelaziman pada rupa dan cara buat biskut ini adalah permukaan atasnya di sapu dengan kuning telur dan diletakkan kacang tanah di atas nya.

Selain itu,untuk lebih wangi dan harum , jangan gunakan minyak masak tapi gunakan minyak mazola.Tengah bakar biskut kacang pun bau wangi semerbak tau.

Untuk bentuk biskut kacang pula , kalau anda suka terap dengan acuan kesukaan, boleh je terap.Kalau tak berapa rajin , jangan risau, gentel-gentel je macam biasa. Apa susah kan.hee

Biskut kacang merupakan salah satu kegemaran kami disebabkan rasanya yang mudah gebu di dalam mulut dan lapisan luaran yang rangup . Apa kata kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaan biskut kacang.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Ulat Bulu Pilihan Ramai

Bahan – Bahan Resepi Biskut Kacang Gebu :

  • 500 gram kacang tanah
  • 500 gram tepung gandum
  • 370 ml minyak jagung Mazola
  • 280 gram gula castor
  • 2 sudu teh baking powder

Untuk sapuan di bahagian atas , satu biji kuning telur dicampur dengan sedikit serbuk pewarna kuning. Kalau anda nak letak kacang pun boleh. terpulang pada kesukaan anda.

Jom kita buat biskut kacang gebu dengan minyak mazola untuk koleksi resepi biskut raya tahun ini. Nak lagi cantik, sapukan dengan berus kuning telur di atas permukaan biskut kacang ya.

Cara Penyediaan Resepi Biskut Kacang :

#1: Panaskan kuali pada api sederhana, masukkan kacang dan goreng tanpa minyak , selepas kacang siap digoreng, buangkan kulit dan blender kering kacang. Ketepikan. Rasa biskut kacang yang menggunakan kacang tanah dari awal ni berbeza rasanya dengan guna kacang tanah yang siap dijual. Saya suka buat sendiri serbuk kacang tanahnya.

#2: Dalam sebuah bekas , masukkan gula kastor, kacang tanah tadi , tepung gandum yang telah diayak dan baking powder. Kacau sebati terlebih dahulu , selepas itu gaul dengan memasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk menggunakan tangan dan sebati.

#3: Bentukkan doh menjadi bulat – bulat yang kecil dan tekan permukaan atas dengan menggunakan jari. Susun di dalam dulang pembakar , dan gliss atau sapu kuning telur . Boleh juga lekatkan kacang tanah yang kecil untuk hiasan.

Jom kita buat biskut kacang gebu dengan minyak mazola untuk koleksi resepi biskut raya tahun ini. Nak lagi cantik, sapukan dengan berus kuning telur di atas permukaan biskut kacang ya.

#4: Panaskan oven pada suhu 175’C selama 5 minit , selepas itu masukkan dulang pembakar dan bakar pada suhu 175’C selama 20 minit atau permukaan biskut menjadi kekuningan.

Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Memang senang kan cara nak buat biskut ni. Makin banyak la koleksi pilihan biskut raya tahun ni. Selamat mencuba tau.