Resepi Biskut Kelapa Menggamit Kenangan Keluarga

8318
Sedapnya lahai biskut kelapa untuk jadiakan sebagai biskut raya ni. Tips untuk dapatkan biskut yang rangup serta wangi turut kami sertakan tau.Rugi tak buat biskut kelapa ni sebab sedap dan wangi sangat.

Antara banyak-banyak biskut raya,biskut kelapa ni antara yang memberi banyak kenangan kepada kami.Masa arwah nenek masih ada,dia antara penggemar biskut lembut.Yang mudah ditelan dan cair dalam mulut.

So kalau menjelang musim raya,biskut-biskut raya klasik seperti ini mesti ada dalam simpanan koleksinya.

Tapi bukan makan sangat,hanya untuk diberikan kepada anak cucu yang datang berkunjung.Semoga arwah nenek ditemptkan di kalangan orang beriman.

Tips untuk jadikan biskut kelapa rapuh dan rangup adalah 3 bahan utama perlu disangai.Sangai bermaksud goreng tanpa minyak.

Pertama kelapa parut.Sama ada kelapa parut segar atau yang dijual di bakery,sangai hingga mulai keperangan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Semperit Susu Untuk Koleksi Resepi Biskut Raya

Tepung ubi dan gandum juga perlu disangai sehingga terasa sedikit kering.Semua ini bertujuan untuk hilangkan kelembapan dalam bahan dan jadikan biskut raya bukan sahaja harum semerbak selepas dibakar tetapi tahan lama.

Kalau tengok bentuk biskut kelapa ni,mesti tak lari banyk acuannya daripada bentuk bulan sabit atau bulat.Sebabnya adunan yang sedikit rapuh dan memerlukan ketelitian dalam menekap.

Bahan-bahan biskut kelapa:
40-50 biji biskut raya dapat dihasilkan dengan sukatan ini.

  • 1 1/2 cawan marjerin jenama Planta
  • 1 cawan gula halu
  • 1 biji telur Gred B
  • 1/2 sdt garam halus
  • 1 1/2 cawan kelapa yg dimesin dan digoreng keperangan.(untuk lebih sedap dan biskut yang rasa wangi , goreng sendiri kelapa yang dimesin )
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung gandum

Tips : Sukatan menggunakan cawan metrik.Sangai juga tepung ubi dan tepung gandum lebih kurang 10-15 minit menggunakan api kecil

Sedapnya lahai biskut kelapa untuk jadiakan sebagai biskut raya ni. Tips untuk dapatkan biskut yang rangup serta wangi turut kami sertakan tau.Rugi tak buat biskut kelapa ni sebab sedap dan wangi sangat.

Cara-cara penyediaan biskut kelapa:
Anda boleh tengok video tutorial yang kami sertakan di bawah.

#1:Sangai bahan biskut kelapa yang perlu dahulu dan biarkan sejuk.Dalam bekas lain,masukkan marjerin dan gula dalam satu bekas serta kacau hingga sebati . Proses ini tidak perlu sehingga bahan kembang. Cukup sehingga sebati sahaja .

#2: Masukkan pula esen vanilla , telur dan garam ke dalam adunan , kacau lagi hingga sebati dan selepas itu masukkan kelapa , tepung ubi dan tepung gandum. Ya , ini masa untuk menguli dengan tangan. Anda ulu-uli dengan tangan hingga doh tidak melekat di tangan.

#3: Canaikan doh mengikut ketebalan yang sesuai dan terapkan menggunakan acuan yang suka .

Sedapnya lahai biskut kelapa untuk jadiakan sebagai biskut raya ni. Tips untuk dapatkan biskut yang rangup serta wangi turut kami sertakan tau.Rugi tak buat biskut kelapa ni sebab sedap dan wangi sangat.

#4: Panaskan oven 5 minit awal dan bakar pada suhu 140’C-160’C bergantung pada oven anda sehingga bawahnya garing dan bewarna kekuningan dalam anggaran 20-30 minit menggunakan api atas bawah.

Jika anda bakar 2 dulang / tray sekaligus,pstikan selepas separuh masa pembakaran,tukarkan dulang bawah ke bahagian atas dan yang ke atas ke bahagin bawah untuk dapatkan permukaan perang sekata untuk semua biskut kelapa yang dibakar.

Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.Selamat mencuba salah satu biskut raya tradisi ini tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

VIDEO TUTORIAL BISKUT KELAPA