Resepi Biskut Kelapa Untuk Pilihan Biskut Raya

32090
Resepi biskut kelapa

Siapa pernah makan biskut kelapa ? Mesti kenangan sewaktu kecil dah mula menjengah ke dalam minda anda semua kan.Dengan rasa biskut yang rangup tetapi apabila digigit , berderai di dalam mulut , fuhhhh …sedap sungguh menggamit kenangan dengan biskut raya klasik ini .

Tips untuk jadikan biskut ini harum semerbak adalah dengan gunakan kelapa parut segar dan disangai sehingga keperangan.

Maksudnya goreng tanpa minyak sehingga berbau wangi.Tepung gandum dan tepung ubi perlu juga disangai untuk keluarkan kelembapan tepung.Sekaligus jadikan biskut kelapa tahan lama,rangup dan harum mewangi.

Anda mahu mencuba resepi biskut kelapa untuk raya tahun ini ? Jangan risau , kami akan berikan cara buat biskut kelapa yang penuh bermula dengan bahan-bahan dan langkah demi langkah. Jom tengok .

BACA DI LINK BARU :
Ini Cara Buat Biskut Semperit Dahlia
Resepi Biskut Coklat Chip

Bahan-bahan biskut kelapa:

  • 1 1/2 cawan marjerin ( Planta )
  • 1 cawan gula mesin
  • 1 biji telur Gred B
  • Secubit garam
  • 1 1/2 cawan kelapa yg dimesin dan digoreng keperangan.(untuk lebih sedap dan biskut yang rasa wangi , goreng sendiri kelapa yang dimesin  )
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung gandum

Tips : Sukatan menggunakan cawan metrik.Sangai juga tepung ubi dan tepung gandum lebih kurang 10-15 minit.
Sedapnya lahai biskut kelapa untuk jadiakan sebagai biskut raya ni. Tips untuk dapatkan biskut yang rangup serta wangi turut kami sertakan tau.Rugi tak buat biskut kelapa ni sebab sedap dan wangi sangat.

Cara-cara Penyediaan Biskut Raya Kelapa :
Anda boleh tengok video tutorial yang kami sertakan di bawah.

#1:Sangai bahan biskut kelapa yang perlu dahulu dan biarkan sejuk.Dalam bekas lain,masukkan marjerin dan gula dalam satu bekas serta kacau hingga sebati . Proses ini tidak perlu sehingga bahan kembang. Cukup sehingga sebati sahaja .

#2: Masukkan pula esen vanilla , telur dan garam ke dalam adunan , kacau lagi hingga sebati dan selepas itu masukkan kelapa , tepung ubi dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Ya , ini masa untuk menguli dengan tangan. Anda ulu-uli dengan tangan hingga doh tidak melekat di tangan.

Ketiga : Canaikan doh mengikut ketebalan yang sesuai dan terapkan menggunakan acuan yang anda suka . Nak guna acuan bulan ke , acuan bintang ke , acuan hati ke untuk biskut raya kelapa anda ni , dipersilakan .
.
Keempat : Panaskan oven 5 minit awal dan bakar pada suhu 140’C-160’C bergantung pada oven anda sehingga bawahnya garing dan bewarna kekuningan dalam anggaran 20-30 minit menggunakan api atas bawah.

Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.Barulah biskut kelapa bertahan lama.Selamat mencuba daripada kami.

Terima kasih kepada Puan Rohani Ronnie di atas resepi kali ini.Boleh tengok koleksi resepi biskut raya lain di bawah ini ya.</>

 

VIDEO TUTORIAL BISKUT KELAPA