Resepi Biskut Lidah Kucing Senang.Tak Nak Pakai Acuan Pun Boleh

53063
Kami berikan resepi lidah kucing beserta tips untuk anda berpuas hati buat biskut raya.Memang sedap betul sebab biskut ni rangup dan nipis. Nanti cuba tau

Semestinya resepi biskut lidah kucing yang disediakan ini menarik pandangan setiap mata yang melihatnya terutama kanak-kanak disebabkan warna biskut yang terdiri daripada pelbagai warna yang terang. Rasanya yang rangup pasti membuatkan balang biskut raya akak cepat kosong. Jom kita lihat bahan dan cara penyediaan biskut pelangi ini.

Bagi anda yang mahu mendapatkan hasil yang setanding dengan rasa dan rupa, digalakkan membaca 7 Tips Dari Pakar Untuk Hasilkan Biskut Yang Lazat terlebih dahulu untuk betul-betul membantu anda memahirkan diri dalam pembuatan resepi biskut pelangi .

Kami berikan resepi biskut lidah kucing ini dalam gram untuk pastikan anda dapat hasilkan biskut raya ini seperti yang diingini. Untuk dapatkan acuan biskut ni, boleh beli di kedai bakeri besar seperti Rakan dan lain-lain.

Antara bahan penting untuk dapatkan rasa biskut yang rangup adalah emplex. Boleh tengok dalam gambar di bawah. Ada dijual di bakeri.Kami suka guna yang keluaran NONA.

Tapi kalau anda takde dan malas nak beli, tetap boleh buat biskut lidah kucing. Guna je bekas aluminium kecik untuk tart ni. Boleh guna berulang kali. Senang kan.

Kami berikan resepi lidah kucing beserta tips untuk anda berpuas hati buat biskut raya.Memang sedap betul sebab biskut ni rangup dan nipis. Nanti cuba tau

Bahan Resepi Biskut Lidah Kucing Rangup :

  • 250 gram mentega ( jangan guna marjerin ya )
  • 175 gram gula kastor
  • 100 ml putih telur ayam sahaja
  • 200 gram tepung gandum
  • 50 gram tepung jagung
  • 1 sudu teh empex

Untuk menjadikan ianya bewarna seperti pelangi , anda boleh guna pewarna kesukaan  seperti hijau, merah, kuning , biru . Pilih warna yang terang supaya hasil resepi biskut lidah kucing kelihatan menonjol dan menarik perhatian.

Cara Penyediaan Resepi Biskut Lidah Kucing Biskut Raya :

#1: Ayak dulu 3 bahan asas ini iaitu tepung gandum , tepung jagung dan emplex . Selepas diayak, kacau sebati dengan spatula kayu . Mengunakan hand mixer pada kelajuan paling minima, gaul mentega bersama gula kastor sehingga adunan halus dan berkrim serta tiada biji-biji gula kastor kelihatan.

Tips – Jangan mixer sehingga mentega berminyak . Menyebabkan biskut lidah kucing terbantut

#2: Masukkan telur putih  sedikit demi sedikit ke dalam adunan campuran mentega dan gula kastor sehingga sebati. Kacau menggunakan spatula kayu sahaja.Tidak perlu menggunakan hand mixer . Selepas itu, masukkan campuran tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul serta kacau sehingga semuanya menjadi adunan doh yang sebati. Gunakan spatula kayu sahaja.

#3: Adunan yang telah siap dan sebati menjadi doh itu a bahagikan kepada 4 bahagian dan setiap bahagian akak masukkan pewarna yang telah di pilih. Masukkan 3-4 titik sahaja tak perlu banyak. Gaul sebati . Setiap adunan yang bewarna , masukkan ke dalam plastik bag atau piping bag jika ada. Jika menggunakan plastik bag, potong muncung plastik di bawah.

Sambil tu, griskan acuan loyang untuk biskut pelangi dengan mentega untuk mengelakkan melekat

 acuan loyang untuk biskut pelangi dengan mentega untuk mengelakkan melekat
Acuan loyang untuk biskut pelangi dan emplex keluaran Nona

#4: Setelah mengisi acuan dengan adunan doh bewarna itu tadi , panaskan oven pada suhu 150’C selama 5 minit dan menggunakan api atas dan bawah. Bakar biskut lidah kucing selama 15-17 minit bergantung kepada jenis oven anda. Ubah sedikit masa pembakaran jika 15 minit terlalu garing.

TIPS- JANGAN BAKAR SEHINGGA KEPERANGAN UNTUK ELAKKAN BISKUT MENJADI GELAP DAN TIDAK CANTIK. UBAH SEDIKIT TIMING BERGANTUNG PADA JENIS OVEN ANDA

Untuk mengetahui sama ada biskut sudah masak , tolak sedikit biskut ke belakang dan jika bergerak tanpa meninggalkan kesan, itu tandanya biskut lidah kucing sudah masak sepenuhnya

Kami berikan resepi lidah kucing beserta tips untuk anda berpuas hati buat biskut raya.Memang sedap betul sebab biskut ni rangup dan nipis. Nanti cuba tau

Keluarkan biskut dan sejukkan seketika sebelum menyimpan dalam bekas kedap udara. Selesai resepi dan tips untuk hasilkan biskut lidah kucing untuk koleksi biskut raya ini.