Resepi Biskut Makmur

38717
Apa kata untuk resepi biskut raya 2015 ini, anda cuba buat resepi biskut makmur yang senang tetapi rasa sangat sedap. Jom cuba . Klik di sini.
Apa kata untuk resepi biskut raya 2015 ini, anda cuba buat resepi biskut makmur yang senang tetapi rasa sangat sedap. Jom cuba . Klik di sini.

Apa khabar pengunjung dari dapur dot com ? Selamat bercuti sempena Hari Pekerja dan Hari Wesak . Apa kata , hari ini kita cuba Resepi Biskut Makmur – Resepi Biskut Raya 2015 ?

Resepi biskut makmur ini antara resepi popular pada waktu raya di samping biskut lain seperti almond london , semperit dan lain – lain . Apa kata jom kita tengok bahan dan cara penyediaan biskut makmur .

Bahan – Bahan Resepi Biskut Makmur – Resepi Biskut Raya 2015

Bahan yang digunakan di bawah adalah untuk 40 – 45 biji mengikut saiz yang dipaparkan 

250 gram tepung gandum yang diayak terlebih dahulu
135 gram marjerin
50 gram kacang tanah digoreng dan dikisar halus untuk inti
gula aising secukupnya untuk salutan

Cara Penyediaan Biskut Makmur

Pertama ,  dalam sebuah bekas yang besar , mamsukkan tepung dan gaul sebati bersama marjerin menggunakan tangan sehingga menjadi doh . Selepas itu , bentukkan doh menjadi bulat sebesar saiz guli lebih kurang .

Kedua , leperkan doh yang dibulatkan tadi , masukkan sedikit inti kacang dan tutup dengan kemas . Susun di atas dulang pembakar . Panaskan oven pada suhu 180’C selama 10 minit. Selepas itu, bakar biskut makmur selama 20 minit atau sehingga masak  pada suhu yang sama. Akhir sekali, biskut makmur yang telah masak disalutkan dengan gula aising.

Senang je kan cara buat biskut makmur . Kami harap anda mencuba sendiri untuk dijadikan hidangan biskut raya 2015 ye .

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Resepi Biskut Florentine
Resepi Biskut Pelangi
Resepi Biskut Tart Nenas Keju
Resepi Biskut Dahlia Rangup
Resepi Biskut Buah Kana

serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel