Resepi Biskut Mazola Gebu Sedap Seperti Zaman Kecil Dulu

39352
Kami berikan anda resepi biskut mazola yang bukan sahaja lengkap resepi malah dengan tips yang berguna untuk dapatkan rasa biskut seperti zaman kecil dulu.

Kami tambahkan lagi koleksi biskut raya yang bakal anda buat tahun ini dengan resepi biskut mazola gebu yang sungguh menawan hati. Dengan rasa sedikit rangup di bahagian luaran dan berderai apabila digigit,kombinasi ini memang sungguh mengasyikkan mereka yang mencubanya.Pasti tangan tergerak untuk mencuba buat kali kedua.

Sepeti tajuk utama, resepi biskut mazola ini menggunakan minyak mazola bagi mengadun tepung membentuk doh. Sebenarnya mazola bukanlah nama bahan bagi minyak tapi ianya adalah nama jenama untuk minyak jagung. Ya minyak jagung.

Tapi antara banyak-banyak jenama ni, Mazola lah yang menjadi pilihan ramai pengguna hasil dari bau dan aroma yang tersendiri.

Satu lagi bahan yang penting adalah kacang tanah kisah. Kalau dibeli di kedai bakeri yang siap dikisar, rasa atau kick biskut mazola tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Untuk hasil yang sedap seperti waktu kita kanak-kanak dulu, kacang tanah yang digunakan adalah dari yang mentah, kemudian disangai iaitu goreng tanpa minyak sehingga garing.

Seterusnya dimasukkan dalam tampi dan diramas dengan kertas bagi mengeluarkan kulit kacang dan kemudian kita tampi bagi buang kulit kacang. Asingkan sedikit kacang tanah bagi hiasan biskut mazola nanti.Barulah kacang ini dikisar 90% halus dan dimasukkan bersama dalam doh. Ini barulah langkah yang betul bagi hasilkan biskut mazola yang berkualiti tinggi.

BACA DI LINK BARU : Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Yang Paling Berbaloi Dibuat.Sangat Menyelerakan

Terima kasih kepada Puan Khairiyah Othman di atas sumbangan resepi biskut mazola yang menggamit kenangan kita semua ni. Semoga Puan dan keluarga dimurahkan rezeki selalu.

untuk anda yang nak menyukat, dinasihatkan agar menggunakan cawan penyukat standard 250ml bagi dapatkan hasil yang tepat. Oleh sebab nisbah tepung : kacang tanah yang dimesin adalah 1:1 , anda boleh sukat dalam timbangan gram . Tiada masalah.

Kami berikan anda resepi biskut mazola yang bukan sahaja lengkap resepi malah dengan tips yang berguna untuk dapatkan rasa biskut seperti zaman kecil dulu.

Bahan Resepi Biskut Mazola Rangup :

  • 3 cawan kacang tanah yang siap dikisar
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3/4 gula halus
  • Minyak mazola secukupnya

Bahan Hiasan Biskut Mazola :

  • Kacang tanah
  • 1 biji kuning telur
  • Pewarna kuning jika mahu

Cara Penyediaan Resepi Biskut Mazola Biskut Raya :

#1: Anda sediakan kisaran kacang tanah seperti yang telah kami nyatakan pada bahagian atas. Kemudian sukat 3 cawan dan masukkan dalam bekas. Tambah tepung serta gula halus.

Boleh lah mula menguli doh sambil memasukkan minyak mazola sedikti demi sedikit. Tambahkan sambil menguli doh hingga and aboleh membentuk doh dengan selesa.

#2: Bila doh boleh dibentuk, dah boleh sama ada nak gentel bulat atau anda nak canai dan terap dengan acuan kesukaan. Sambil tu panaskan oven dulu pada suhu 160’C.

Kami berikan anda resepi biskut mazola yang bukan sahaja lengkap resepi malah dengan tips yang berguna untuk dapatkan rasa biskut seperti zaman kecil dulu.

Bila dah bentukkan ikut bentuk yang anda mahu, susun atas dulang pembakar dan sapu dengan berus kuning telur tadi serta lekatkan separuh kacang tanah di atasnya. Tekan sedikit untuk elak mudah tercabut.

Bakar pada suhu 160’C selama 18-20 minit menggunakan api atas bawah ikut oven anda masing-masing ya. Dah siap boleh sejukkan seketika sebelum simpan dalam bekas kedap udara.

Alhamdulillah lengkap resepi biskut mazola dengan tips.Semoga bermanfaat.