Resepi Biskut Milo Tabur Sukatan Cawan Untuk Koleksi Biskut Raya

69176
Senang buat biskut raya kali ni.Resepi biskut milo tabur ni guna sukatan cawan je tak perlu timbang bagai.Dah macam makan biskut famous amous dah sebab rasa coklat dengan milo.Tambah lak serdak milo tabur dia.Best

Kami rasa tahun ni di atas meja,koleksi biskut anda bertambah meriah daripada tahun lepas.Apa taknya,senarai menu baru seperti biskut milo tabur,biskut kacang hijau,biskut 3 bahan la dah pelbagai lagi menu biskut baru yang muncul.

Walaupun ada yang baru,tapi yang lama tetap wajib ada kan.Gandingan lama dan baru lah yang menyerikan hari lebaran nanti.

Kalau sebut milo pula,rasanya ianya boleh jadi satu bahan yang pelbagai guna.Mana tak ya,bermula daripada aiskrim milo,dibuat puding milo,muncul pula kek milo kukus sehingga terbaru,sebagai bahan utama dalam biskut milo tabur.

Rupa dan bentuk biskut milo tabur ni anda tak perlu risau.Tekap je dengan apa-apa acuan yang sesuai seperti bentuk empt segi ke love ke terpulang.Jadi tak perlu risau lah akan bentuknya.

Secara asasnya,cara buat biskut milo tabur ni menggunakan dua bahagian utama.Satu untuk milo tabur dan satu lagi bahagian biskut.Biskut yang telah siap dibakar akan disapu toping dan dicelup ke dalam serbuk milo beserta bahan lain yang dibakar dan dihancurkan.Kebiasaan salut 2 lapisan untuk rasa yang lebih kaww.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Kelapa Menggamit Kenangan Keluarga

Terima kasih kepada Puan Haliza Johar yng memberikan resepi biskut raya ini.Jika anda malas nak buat,hubungi FB beliau dan tempahlah dengannya.Senang kan.

Seperti biasa,untuk sukatan yang tepat dalam penghasilan resepi biskut ini,gunakan cawan metrik tuk sukatan tepat.

Bahan-bahan untuk resepi biskut milo tabur :

Bahan serbuk milo tabur :

  • 1 cawan milo
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 cawan buttercup
  • 1/2 cawan gula aising

Senang buat biskut raya kali ni.Resepi biskut milo tabur ni guna sukatan  cawan je tak perlu timbang bagai.Dah macam makan biskut famous amous dah sebab rasa coklat dengan milo.Tambah lak serdak milo tabur dia.Best

Cara penyediaan serbuk milo tabur :

#1: Dalam mangkuk,satukan semua bahan di atas dan gaul sebati.Alas tray dengan baking paper.Letakkan adunan dan ratakan biar nipis.

Bakar selama 10 minit pada suhu 150’C api atas bawah.Bila dah sejuk baru hancurkan kepingan serbuk milo tabur ini.

Siap bahagian serdaknya.

Bahan-bahan biskut milo tabur :

  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh emplex
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan milo
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 1/4 cawan gula aising

Bahan celup :

  • 50 gram dark coklat

Cara penyediaan biskut milo tabur :

#1: Sama juga seperti di atas,satukan semua bahan dalam mangkuk dan uli hingga bahan semua sebati dan menjadi doh.

Terap dengan bentuk yang anda suka.

Senang buat biskut raya kali ni.Resepi biskut milo tabur ni guna sukatan cawan je tak perlu timbang bagai.Dah macam makan biskut famous amous dah sebab rasa coklat dengan milo.Tambah lak serdak milo tabur dia.Best

#2: Untuk bahan hiasan biskut milo tabur ni,anda boleh sapu putih telur dan juga letak coklat rice sebagai hiasan sebelum dibakar.

Bakar pada suhu 160’C selama 15 minit menggunakan api atas bawah.Sejukkan.

Barulah celup ke dalam coklat masakan yang dicairkan dengan kaedah double boil.Taburkan serdak milo tadi dan ulang semula.

Kita 2 kli celup la dan toping milo nya.Simpan dalam bekas kedap udara.Dah siap pun biskut raya anda terbaru ni.Suka la budak-budak nanti.Selamat mencuba

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom