Resepi Biskut Nestum Cornflakes Untuk Koleksi Biskut Raya

11892
Dah macam-macam jenis kan koleksi biskut raya yang kami siarkan, kali ini resepi biskut nestum yang dicampur dengan cornflakes dan juga madu serta bahan mudah lain.Biskut ini pasti menjadi pilihan tetamu yang berkunjung disebabkan rasa ringan dan rangup serta harum.

Nestum ni boleh dikatakan bahan pelbagai guna lah kan.

Dari makanan bayi, makana buat orang yang nak diet sehinggalah diadun menjadi biskut pilihan.

Resepi kali ini datangya dari Puan Aishah Hasan  yang mengambilnya dari emak mentua beliau.Memang boleh dikatakan biskut nestum ini dari zaman berzaman dahulu dan menjadi pilihan orang berusia disebabkan tak keras dan mudah hancur bila masuk ke dalam mulut.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Ulat Bulu Pilihan Ramai

Jadi beruntung kami dan anda dapat belajar cara pembuatan biskut nestum tradisi ini .Terima kasih kami ucapkan kepada puan.

Tips untuk cantikkan biskut nestum cornflakes ini ialah selepas siap dibakar, masukkan ke dalam acuan kertas yang selalu anda buat untuk biskut cornflakes tu. Barulah senang diambil dan tidak mudah pecah.

Beza ke biskut nestum ini dengan biskut corflakes sedia ada ?

Ya sedikit berbeza sebab cornflakes yang digunakan diramas hingga 70-80% hancur sebelum dicampurkan dengan nestum.Untuk biskut cornflakes pula, anda tak perlu hancurkan.

Bahan-bahan untuk biskut nestum ini : 

  • 300 gram cornflakes
  • 500 gram nestum
  • 1 cawan marjerin jenama Planta
  • 7 sudu makan penuh madu
  • 3/4 cawan gula halus

Sukatan menggunakan cawan metrik ya.

Dah macam-macam jenis kan koleksi biskut raya yang kami siarkan, kali ini resepi biskut nestum yang dicampur dengan cornflakes dan juga madu serta bahan mudah lain.Biskut ini pasti menjadi pilihan tetamu yang berkunjung disebabkan rasa ringan dan rangup serta harum.

Cara-cara penyediaan biskut nestum : 

#1: Masukkan cornflakes di dalam bekas dan hancurkan menggunakan tangan.Jangan terlalu hancur lumat cukuplah sekitar70-80% seperti di dalam gambar di bawah.Selepas itu campurkan pula serbuk nestum dan kacau rata.Ketepikan.

#2: Dalam bekas yang lain, masukkan marjerin Planta,gula dan madu.Kaau hingga sebati menggunakan senduk kayu sahaja. Tak perlu hancur.Masukkan adunan ke dalam bekas dan sebatikan. Jika adunan nampak kering, tambah madu dan sedikit marjerin sehingga menjadi lembab.

Dah macam-macam jenis kan koleksi biskut raya yang kami siarkan, kali ini resepi biskut nestum yang dicampur dengan cornflakes dan juga madu serta bahan mudah lain.Biskut ini pasti menjadi pilihan tetamu yang berkunjung disebabkan rasa ringan dan rangup serta harum.

#3: Masukkan adunan ke dalam tray acuan biskut yang sesuai seperti dalam gambar di bawah. Tekan dan padatkan supaya biskut nestum menjadi mampat dan tidak hancur.

#4: Panaskan oven pada suhu 180’C 10 minit.Barulah masukkan tray biskut .Ya bakar bersama tray.Tak perlu sapu adunan marjerin pada dasar acuan. Bakar pada suhu 180’C menggunakan api atas dan bawah pada tempoh masa 6 minit. Ini bergantung pada oven anda ya.

Bila dah masak, bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam acuan kertas biskut sarang semut tu. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

Dah macam-macam jenis kan koleksi biskut raya yang kami siarkan, kali ini resepi biskut nestum yang dicampur dengan cornflakes dan juga madu serta bahan mudah lain.Biskut ini pasti menjadi pilihan tetamu yang berkunjung disebabkan rasa ringan dan rangup serta harum.

Oh ya kalau ada serbuk yang hancur tu masukkan semula ke dalam bekas dan mampatkan semula.Senang kan biskut raya nestum ni.Boleh buat bersama anak-anak.

Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom