Resepi Biskut Onde Onde Best Rangup Untuk Anda Cuba

15724
Kalau anda buat resepi biskut onde onde ini untuk koleksi biskut raya, mesti lagi meriah kan. Dengan rasa biskut yang rangup dan sedap serta rasa kelapa parut

Kalau anda buat resepi biskut onde onde ini untuk koleksi biskut raya, mesti lagi meriah kan. Dengan rasa biskut yang rangup dan sedap serta rasa kelapa parut serta gula melaka hancur, memang menjadi tarikan utama.

Sedikit tips untuk anda buat resepi biskut onde onde atau dikenali juga dengan nama resepi biskut pandan gula melaka ini :

1- Anda boleh guna marjerin ataupun pure butter. Kalau mahu rangup sahaja, gunakan marjerin.Kalau mahu cair di dalam mulut,gunakan pure butter tapi jika mahu rangup dan sedikit rapuh,gunakan campuran marjerin dan pure butter.

2- Pastikan pure butter yang anda digunakan ialah pada suhu bilik. Ini untuk pastikan bila biskut onde-onde anda dibakar, ianya tidak mengembang.

BACA DI LINK BARU : Resipi Kuih Tako Sagu Best Beserta Tutorial Kelongsong

3- Untuk pemilihan tepung, anda boleh guna tepung gandum seperti biasa atau gunakan tepung superfine.Nak lagi sedap, mestilah tepung superfine.

Bila anda ikut tips yang kami sediakan ini, barulah kualiti biskut raya yang dihasilkan pada tahap tertinggi. Menarik kan.

Terima kasih kepada Puan Eha di atas sumbangan resepi biskut onde-onde atau biskut pandan gula melaka ni. Memang best.

Kalau anda buat resepi biskut onde onde ini untuk koleksi biskut raya, mesti lagi meriah kan. Dengan rasa biskut yang rangup dan sedap serta rasa kelapa parut

Bahan Resepi Biskut Onde Onde :

Sukatan adunan ini akan hasilkan 26-30 biji sahaja. Jika anda mahu banyak, gandakan.

  • 120 gram marjerin atau pure butter pada suhu bilik
  • 140 gram tepung superfine @ gandum nak sedap gunakan superfine
  • 35 gram gula melaka dicairkan
  • 1 sudu makan kelapa kering
  • 1 sudu kecil paste pandan
  • 2-3 titik pewarna hijau eppal
  • 1/3 sudu teh garam
  • 3/4 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur gred C

Cara Buat Resepi Biskut Onde Onde Sedap :

#1: Di dalam bekas, pukul marjerin/butter dengan gula melaka yang dah dicairkan sehingga sebati sahaja. Pakai tangan sahaja. Masukkan paste pandan,telur dan pewarna serta kacau lagi.Tambahkan sudu kering kelapa kering putih dan masukkan tepung,garam,baking powder sambil kacau.

Bila dah jadi adunan cantik, masukkan dalam plastik piping bag untuk ditekan menggunakan nozel. Nozel untuk ini guna nombor 864.

Kalau anda buat resepi biskut onde onde ini untuk koleksi biskut raya, mesti lagi meriah kan. Dengan rasa biskut yang rangup dan sedap serta rasa kelapa parut

#2: Sapukan dasar loyang dengan sedikit marjerin. Piping satu pusingan dan tekan untuk dapatkan bentuk biskut yang menarik. Boleh panaskan oven 190’C selama 10 minit sementara siapkan adunan.

Sebelum bakar, hiasakan dengan letak seidkit gula melaka yang disagat dan kelapa parut hawai yang dibeli di kedai bakeri.Warnanya perang.

Bakar pada suhu 180’C selama 15-20 minti bergantung pada oven anda dan guna api atas bawah.

Dah siap dah resepi biskut pandan gula melaka ni.Selamat mencuba.

Kalau anda buat resepi biskut onde onde ini untuk koleksi biskut raya, mesti lagi meriah kan. Dengan rasa biskut yang rangup dan sedap serta rasa kelapa parut

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom