Resepi Biskut Peanut Butter Untuk Hari Raya.Tak Perlu Guna Mixer

43659
Memang penuh dengan rasa mentega kacang dalam biskut peanut butter ni. Rugi kalau anda tak mencubanya. Bahan-bahan resepi biskut raya klasik ni pun mudah didapati. Jom meriahkan balang biskut dengan biskut mentega kacang ni.

Bercakap dengan orang-orang lama mengenai biskut raya pada zaman mereka,kami dapat beberapa resepi biskut seperti resepi biskut peanut butter,biskut makmur,biskut suji,biskut sampan dan lain-lain.

Walaupun masa sekarang banyak muncul resepi biskut raya moden,tapi sesetengah orang mesti atau wajib ada biskut raya klasik ini dalam balang biskut atas meja tetamu kan.

Untuk hari ini kami akan siarkan resepi biskut peanut butter atau biskut mentega kacang.Bahan utamanya mestilah peanut butter.Indentiti biskut ini selalu menggunakan acuan cermai,ada diletakkan kismis di bahagian atas dan bewarna coklat. Oleh sebab kami tidak dapat mencari acuan cermai, maka acuan kerang sebagai pengganti.

Tips untuk dapatkan bentuk biskut peanut butter yang cantik dan padat adalah acuan perlu digris dengn mentega dan ketika masukkan adunan,tekan padat ke dalam acuan.Baru biskut tak berderai.

Keluarkan biskut bila sudah sejuk dengan cara ketuk di bahagian belakang acuan.

Jika anda guna cara lain , boleh sesuaikan dengan kaedah yang lain ya. Terpulang nak buat bentuk apa biskut raya ni, janji sedap.

Mentega kacang ada dijual di kedai bakery.Kami beli di Rakan Bakery.

BACA DI LINK BARU : Video Resepi Coklat Chip Untuk Pilihan Biskut Raya Anda

Bahan-bahan resepi biskut peanut butter :
Kuantiti dalam 30-40 biji.

  • 1 biji kuning telur sahaja
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3/4 cawan peanut butter
  • 2 sudu makan membukit shortening
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh essence vanilla
  • 3/4 cawan buttercup
  • Kismis hitam untuk hiasan

Tips : Gunakan cawan sukatan metrik untuk dapatkan hasil yang tepat.

Memang penuh dengan rasa mentega kacang dalam biskut peanut butter ni. Rugi kalau anda tak mencubanya. Bahan-bahan resepi biskut raya klasik ni pun mudah didapati. Jom meriahkan balang biskut dengan biskut mentega kacang ni.

Cara-cara penyediaan biskut raya resepi biskut peanut butter :


Boleh rujuk pada video tutorial biskut raya yang kami sertakan di bawah ni ya untuk biskut ni.

#1: Butter, shortening,gula kastor tadi kacau sampai sebati tak perlu kembang guna senduk kayu.Masukkan kuning telur, kacau lagi dan masukkan essence vanilla.Bila semua sebati barulah masukkan peanut butter dan teruskan kacau sehingga rata adunannya.

#2: Ayak tepung jagung dan gandum beserta baking powder terlebih dahulu. Barulah dimasukkan ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit hingga membentuk doh.Jika lembik,tambahkan sedikit tepung gandum hingga doh tidak melekat di tangan.

#3: Sapu gris mentega pada bekas acuan dan letakkan kismis hitam pada tengah-tengah acuan.Barulah dimasukkan doh yang digentel bulat.Tekn sehingga padat dan ratakan acuan biar sama paras.

Memang penuh dengan rasa mentega kacang dalam biskut peanut butter ni. Rugi kalau anda tak mencubanya. Bahan-bahan resepi biskut raya klasik ni pun mudah didapati. Jom meriahkan balang biskut dengan biskut mentega kacang ni.

#4:Panaskan oven 10 minit barulah biskut peanut butter ini dibakar pada suhu 160’C-170’C ikut jenis oven anda dalam tempoh 15-20 minit guna api atas bawah.

Bila dah masak,keluarkan loyang acuan dan biarkan sejuk baru dikeluarkan biskut peanut butter dan simpan dalam bekas kedap udara.

Makin banyak la kan koleksi biskut raya untuk dibuat nanti.Untuk tengok lebih lagi koleksi biskut,boleh intai-intai di bawah.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

VIDEO TUTORIAL BISKUT PEANUT BUTTER