
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur . Semestinya Resepi Biskut Raya Gajus – Resepi Biskut Raya 2016 akan menambahkan lagi koleksi biskut raya anda pada tahun ini. Jom kita tengok cara penyediaan biskut gajus yang rangup ini.
Bagi akak yang mahu mendapatkan hasil yang setanding dengan rasa dan rupa, digalakkan akak membaca 7 Tips Dari Pakar Untuk Hasilkan Biskut Yang Lazat terlebih dahulu untuk betul-betul membantu akak memahirkan diri dalam pembuatan resepi Resepi Biskut Raya Gajus – Resepi Biskut Raya 2016 yang kami sajikan ini.
Bahan – Bahan Resepi Biskut Raya Gajus – Resepi Biskut Raya
2 cawan nestum yang telah dihancurkan separa kasar*
1/2 cawan kacang gajus yang dihancurkan separa kasar*
1/2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 cawan gula aising
2 kuning telur sahaja
4 camca besar mentega
Bahan untuk hiasan :
Kuning telur
Kacang Gajus

Cara Penyediaan Biskut Gajus
Pertama , gaul kering bahan yang bertanda * sehingga sebati. Ketepikan seketika. Dalam bekas yang lain, menggunakan handmixer pada kelajuan sederhana , gaul mentega dengan gula aising menjadi sebati . Masukkan pula kuning telur dan putar lagi. Laraskan kelajuan handmixer kepada kelajuan perlahan dan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit , esen vanilla dan gaul lagi sehingga menjadi doh. Gaul sekejap sahaja.
Kedua , doh yang terbentuk tadi dibahagikan kepada 2 bahagian . 1 bahagian diletakkan diantara plastik dan dicanai sehingga ketebalan menjadi sekitar 0.5cm. Selepas itu , doh diterap dengan bentuk yang anda suka .
Ketiga , panaskan oven selama 15 minit pada suhu 175’C . Susun acuan yang telah diterap ke atas dulang pembakar. Gliskan dengan kuning telur dan letakkan kaang gajus yang ditekan sedikit di atas setiap acuan. .
Keempat , bakar pada suhu yang sama selama 25 minit / sehingga masak. Selepas itu sejukkan biskut gajus dan simpan dalam bekas kedap udara. Siap.
Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :
Resepi Biskut Raya Red Velvet
Resepi Biskut Coklat Chip
Resepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut Kacang
Resepi Biskut Arab Gebu
Resepi Biskut Makmur
Resepi Biskut Florentine
Resepi Biskut Pelangi
Resepi Biskut Tart Nenas Keju
Resepi Biskut Dahlia Rangup
Resepi Biskut Buah Kana
serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.
Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .
Jangan lupa berkongsi gambar hasil resepi yang akak buat di inbox Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding
Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone – klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel