Resepi Biskut Red Pearl Best Rangup. Harum Satu Rumah Jadinya.

7775
Resepi biskut red pearl ini memang sangat mudah dibuat sebabnya campur semua bahan yang dah disediakan , lepas tu bentukkan dengan tangan sahaja. Sedap

Kali ini kami mahu kongsikan resepi biskut red pearl untuk dimasukkan kedalam senarai biskut raya pada tahun ini. Rasa biskut yang wangi rangup dan senang dibuat, uli bentuk guna tangan memang boleh anda jadikan sebagai pilihan utama dalam koleksi biskut raya yang bakal menghiasi balang raya di atas meja.

Resepi biskut red pearl ini memang sangat mudah dibuat sebabnya campur semua bahan yang dah disediakan , lepas tu bentukkan dengan tangan sahaja. Tak perlu nak terap atau masukkan dalam acuan.

Oleh kerana biskut red pearl ini menggunakan coklat chip dan juga kacang almond, bauan dia memang sangat menggoda ketika dibakar. Jangan anda bakar sewaktu puasa. Godaan dia lain macam.hee

BACA DI LINK BARU : Resepi Bingka Labu Cheese Garing Best Bahagian Luar. Sedappp

Resepi biskut famous amos ni memang sangat wangi bila dibakar.Bau coklat chip, aroma coklat memang buat dari jauh dah nak cuba biskut ni.

Kalau nak betul-betul sedap biskutnya, jangan lupa gunakan pure butter. Sama ada unsalt atau salted, terpulang. Barulah biskut lagi rapuh lembut.

Terima kasih kepada Puan Suhana Sulaiman di atas sumbangan resepi biskut red pearl kepada kami semua. Semoga murah rezeki puan sekeluarga.

Resepi biskut red pearl ini memang sangat mudah dibuat sebabnya campur semua bahan yang dah disediakan , lepas tu bentukkan dengan tangan sahaja. Sedap

Bahan Resepi Biskut Red Pearl Pilihan Biskut Raya : 

  • 250 gram pure butter ( unsalt/salted )
  • 200 gram gula
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gram tepung gandum
  • 100 gram coklat chip
  • 100 gram almond nips ( sebaiknya di sangai dahulu kemudian disejukkan sebelum dimasukkan kedalam adunan
  • 1 sudu teh essen vanila
  • 150 gram cornflake

Cara Buat Resepi Biskut Red Pearl : 

#1: Dalam bekas, pukul gula dan butter sehingga sebati menggunakan spatula tangan sahaja. Tak perlu pakai mixer. Nnati terlebih pukul dan biskut akan jadi mengembang bila dibakar.

Bila dah sebati,tambah masuk kuning telur,essen vanilla dan kacau lagi. Ayak masuk tepung dan gaul sebati. Baru tambah masuk cornflake,almond nips yang sudah disangai dan juga coklat chip.

#2: Gaul manja supaya sebati sahaja semua bersatu dalam adunan biskut red pearl. Kemudian perap dalam peti ais di bahagian biasa untuk dapatkan tekstur biskut yang berongga di bahagian dalam. Perap selama 60-90 minit.

Dah boleh mula panaskan oven pada suhu 180’C. Alas baking paper pada loyang dan keluarkan adunan biskut dari peti.

Ambil sedikit doh dalam saiz yang anda suka, bulatkan dan susun di atas loyang. Bila dah siap susun, letak dan tekan sedikit hirisan ceri di atas doh.

#3: Bakar biskut red pearl pada suhu 170’C selama 20 minit dan guna api atas bawah. Oven mungkin perlu ubah sikit sebab brand kita tak sama kan.

Resepi biskut red pearl ini memang sangat mudah dibuat sebabnya campur semua bahan yang dah disediakan , lepas tu bentukkan dengan tangan sahaja. Sedap

Bila biskut dah masak, boleh sejukkan terlebih dahulu dan barulah disusun dalam bekas kedap udara. Dah pun siap. Senang je kan resepi biskut raya red pearl ni. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom