Resepi Biskut Sampan.Rangupnya Biskut Raya Yang Ni.

24082
Biskut raya warisan, kami berikan resepi biskut sampan untuk anda cuba. Untuk acuannya, boleh cari di bakeri Rakan. Rangup sungguh bisku raya ni.Best

Kali ini kami mahu berikan resepi biskut sampan, salah satu daripada jenis biskut raya warisan zaman berzaman yang menjadi warisan dari zaman emak dan nenek kita kan. Rugi jika resepi biskut ini hilang dan tenggelam kepada generasi baru.

Sebut tentang resepi biskut sampan, mesti tak boleh lari daripada acuan biskut nya. Pertama , ada dua jenis acuan biskut sampan ni.Satu daripada aluminium dan ada dijual di kedai bakeri Rakan dan bakeri besar, satu lagi jenis terap plastik. Tapi bukan acuan. Kelemahan guna plastik ini, bila terap bentuk biskut sampan, bakar, jadikan biskut mengembang tak sama saiz.

Tapi kalau guna acuan aluminium, ianya cantik sebab kita bakar sekali dengan acuan. Sebab tu acuna ni dijual dalam bentuk pek.Samaada 10 pack dalam 1 bungkus atau sebagainya.

Biskut raya warisan, kami berikan resepi biskut sampan untuk anda cuba. Untuk acuannya, boleh cari di bakeri Rakan. Rangup sungguh bisku raya ni.Best

Yang istimewanya mengenai resepi biskut sampan ni, ianya ada inti. Inti menggunakan adunan biasa yang dicampur dengan kelapa goreng. Kalau anda malas nak sangai kelapa untuk hasilkan kelapa goreng, boleh beli yang jenis siap kelapa goreng di kedai bakeri. Sesuai jika anda ambil tempahan buat biskut ini.

Suka kami bila dah banyak koleksi biskut raya baru dan lama kami siarkan di laman web ni. Anda pergi je ke bahagian Resepi Biskut ini, dan daripada biskut kana, biskut dam hinggalah ke biskut terkini ada disana.

Rasa biskut sampan ini adalah dari jenis rangup dan berinti. Rangupnya datang dari campuran tepung gandum, tepung jagung dan tepung ubi sebagai bahan utama dan dicapur inti kelapa goreng. Memang anda boleh bayang la kan rasa nya. Sedapnya.

Terima kasih kepada Puan Rohani Harun kerana menyumbangkan resepi untuk kita cuba semula pada hari lebaran nanti.

Bahan Resepi Biskut Sampan Biskut Raya Best :

  • 2 buku/pek buttercup
  • 1 1/4 cwn gula perang
  • 1 cawan tepung jagung
  • 5 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan nestum kisar
  • 2 sudu tepong ubi
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • 2 cwn kelapa kering disangai
  • Hirisan ceri merah dan hijau jika mahu

Tips : Gunakan cawan metrik standard untuk sukatan.Beli je di kedai bakeri. Senang untuk anda sukat sama.

Biskut raya warisan, kami berikan resepi biskut sampan untuk anda cuba. Untuk acuannya, boleh cari di bakeri Rakan. Rangup sungguh bisku raya ni.Best

Cara Penyediaan Resepi Biskut Sampan :

#1: Satukan butter dengan gula. Kacau dengan senduk kayu sehingga sebati dan mulai kembang. Baru tambah esen vanilla dan kuning telur. Teruskan kacau sebati.

Masukkan tepung ubi, tepung jagung ,nestum dan juga 1 cawan kelapa kering. Kacau sebati guna tangan atau senduk kayu. Barulah masukkan tepung gandum sikit demi sedikit ke dalam adunan sambil sebatikan jadi doh.

#2: Asingkan 1/4 adunan untuk dijadikan inti. Adunan ini ditambah lagi dengan baki 1 cawan kelapa kering tadi.

Susun acuan aluminium biskut sampan lepas tu masukkan atau terap adunan ke dalam acuan.Jangan penuh tapi buat macam alur,lubang di bahagian tengah untuk kita letak intinya nanti. Tebal kulit luar ala-ala ketebalan doh tart tu.

#3: Masukkan inti kelapa dan tekan manja supaya melekat, tambah hirisan ceri merah dan hijau jika mahu. Sama gak tekan bagi rapat. Sambil tu panaskan oven. Bila siap hias, bakar biskut sampan dengan suhu 160’C selama 20 minit guna api atas bawah.

Tunggu suam je biskut baru keluarkan dari acuan. Insyaallah tak melekat.Selamat mencuba resepi biskut sampan ni.