Raya tahun ini meriah kita dengan koleksi biskut raya yang best kan. Hari ini kami tambah koleksi anda dengan resepi biskut sarang semut. Kenapa nama sarang semut ya ?Mungkin tekstur yang jenis pendek-pendek hasil daripada ditekan pada penapis yang menjadikan biskut raya ini diberi nama sarang semut.
Ini antara biskut raya yang paling senang untuk dihasilkan.Lepas pada doh diuli, hanya ditekan pada penapis untuk hasilkan dia lepas tu susun dan tambahkan dengan apa bahan hiasan yang kita mahukan di atasnya.
BACA DI LINK BARU : Resepi Ayam Percik Kelantan Dengan Tips Istimewa.Sedap Sangat
Selain dari cara pembuatan resepi biskut sarang semut ni yang cepat, rasa dia pun sedap. Rangup di luar bila digigit selepas tu gebu je bila dah pecah di dalam mulut.
Terima kasih kepada Puan Zie Rozie kerana berkongsi resepi biskut raya ni pada kita semua. Semoga Puan dan keluarga dimurahkan rezeki sentiasa. Lepas ni kena pergi cari set balang raya baru la kan. Sebab banyak sangat koleksi biskut raya yang best-best dapat daripada laman web ni.
Bahan Resepi Biskut Sarang Semut Berderai :
- 25 gram mentega jenama buttercup
- 80 gram gula ising
- 200 gram tepung gandum
- 100 gram tepung jagung
- 50 gram tepung kastard
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan Hiasan :
Sedikit coklat rice jika mahu
Sedikit manik gula kecil jika mahu
Paper cup secukupnya
Cara Penyediaan Biskut Sarang Semut :
#1: Menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana, pukul sehingga kembang mentega dan gula halus dalam satu bekas, bila dah kembang, tutup suis mixer. Tambahkan esen vanilla dan kacau dengan spatula sahaja.
#2: Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi adunan yang rata. Uli dengan tangan.Adunan yang telah menjadi doh, ambil sedikit dan tekan ke atas penapis seperti dalam gambar.
#3: Ambil doh yang ditapis tu guna sudu dan masukkan ke dalam papercup serta taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Panaskan dulu oven selama 10 minit pada suhu 170’C. Susun biskut dalam dulang pembakar dan bakar selama 5-8 minit pada suhu 160’C guna api atas bawah. Ikut oven anda masing-masing ya.
Dah masak, sejukkan seketika lepas tu masukkan dalam bekas kedap udara. Cantik elok je kan biskut bila masukkan dalam paper cup. Selamat mencuba resepi biskut sarang semut yang menawan hati tetamu yang berkunjung.