Rahsia Resepi Biskut Semperit Susu Dengan Tips Lengkap

61566
Nak tambah koleksi biskut raya ? Apa kata cuba variasi biskut semperit yang mudah dan menawan hati disebabkan coraknya.Kami berikan resepi biskut semperit susu penuh beserta tips.

Tiada yang lebih mengujakan bila biskut semperit susu yang dibuat menjadi dengan baik,tiada retak,bunganya tidak jatuh dan juga warna biskut selepas dibakar seperti dimahukan.

Barulah seronok untuk biskut raya ini dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung pada hari lebaran.

Susah tak nak buat resepi biskut semperit susu ni ?
Kami berikan beberapa tips kepada anda ya.

Pertama,untuk sukatan biskut semperit susu yang tepat,gunakan cawan metrik.Bukan cawan teh atau cawan kesayangan anda.Tapi cawan metrik yang ada sukatan untuk cecair dan juga tepung.

Kedua,jika adunan doh biskut semperit yang anda hasilkan menjadi lembik,tambahkan sedikit demi sedikit tepung jagung ke dalam doh sehingga sesuai.

Ketiga,jika biskut yang dibakar menjadi keras,jangan tambahkan susu pekat manis ke dalam doh tapi masukkan butter.Tambahkan sedikit demi sedikit hingga adunan sesuai untuk diterap.

Nak tambah koleksi biskut raya ? Apa kata cuba variasi biskut semperit yang mudah dan menawan hati disebabkan coraknya.Kami berikan resepi biskut semperit susu penuh beserta tips.

Keempat,gunakan acuan 10 untuk anda buat daun pecah dan acuan no 9,10,12 atau 15 untuk bunga biskut semperit.Untuk lebih cantik,guna oil based.Walau sedikit mahal tapi hasil selepas dibakar menjadi sangat cantik.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Kelapa Menggamit Kenangan Keluarga

Terima kasih kepada Puan Ola yang sudi berkongsi resepi biskut raya ini kepada kami semua.

Bahan-bahan resepi biskut semperit susu:

  • 250 gram pure butter unsalted.Gunakan jenama Anchor untuk kesan warna putih yang cantik
  • 1/4 cawan metrik gula kastor
  • 1/2 cawan susu pekat jenama SAJI sebabnya bila makan tak keras.Gebu biskutny.
  • 400 gram tepung jagung
  • 1/4 cawan metrik tepung kastard jenama Birds
  • 1 penutup esen vanilla

Nak tambah koleksi biskut raya ? Apa kata cuba variasi biskut semperit yang mudah dan menawan hati disebabkan coraknya.Kami berikan resepi biskut semperit susu penuh beserta tips.

Cara-cara penyediaan biskut semperit susu :

#1: Guna spatula sahaja.Kacau butter bersama susu,gula dan esen vanilla.Kacau sebati sahaja tak perlu lama.Menggunakan tangan sahaja ya.

#2: Semua tepung di ayak bersama dan masukkan sikit-sikit ke dalam adunan di atas.Jika lembik tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk elakkan bunga semperit jatuh semasa dibakar.

Jangan lebihkan susu pekat nanti keras.Kalau adunan keras pula tambahkan butter sedikit demi sedikit sehingga boleh dan senang dibentuk dan tekan melalui acuan

#3: Uli adunan sehingga tak melekat di tangan.Bahagikan kepada beberapa bahagian.Letak pewarna kegemaran.

Terapkan guna acuan pecah 10 untuk daun pecah manakala acuan pecah 9,10,12,15 untuk bunga.Pilih salah satu.

#4: Panaskan oven 150’C 15 minit awal dan bakar 25minit pada suhu ini.Sesuaikan suhu bergantung pada oven anda.Guna api atas bawah.

Nak tambah koleksi biskut raya ? Apa kata cuba variasi biskut semperit yang mudah dan menawan hati disebabkan coraknya.Kami berikan resepi biskut semperit susu penuh beserta tips.

Guna rak tengah ye.Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut semperit susu anda dah sejuk ya.

Jika anda ikut resepi dan tips disediakan ini secara terperinci.Insyaallah hasil biskut raya memang terbaik.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom