Ini Cara Buat Biskut Semperit Dahlia Yang Insyaallah Tidak Mengecewakan Anda

89432
resepi biskut semperit dahlia , cara buat biskut semperit dahlia , bahan-bahan biskut semperit dahlia

Assalamualaikum semua . Tercari-cari resepi biskut semperit dahlia yang rangup dan tidak mengecewakan anda ? Apa kata di bulan Ramadan yang mulia ini anda cuba buat hasil perkongsian resepi dari Puan Azmira Abdul Majeed , seorang baker yang memang marvellous. Tengok pada hasilnya pun tahu boleh dibuat biskut raya untuk tahun 2016 ni kan. 

Jika anda tiada masa untuk buat biskut semperit dahlia ini , boleh la tempah dengannya di link fb di bawah ya. Salah satu biskut yang menjadi pilihan ramai untuk disajikan pada tetamu yang datang mengunjungi di hari lebaran nanti

Sila ikuti betul-betul bahan untuk buat biskut semperit dahlia untuk hasil yang serupa ya . Jadi anda dah sedia untuk membuat biskut raya ? Jom kita tengok apa-apa bahannya.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Snow Almond

250 gram butter bukan marjerin bukan mentega ya. 
110 gram gula icing keluaran CSR yang boleh diperolehi di pasaraya Speedmart ( gambar seperti di bawah )
1 sudu teh esen vanilla
115 gram tepung kastard
110 gram tepung jagung 
160 gram tepung redrose. Apakah tepung red rose n mana nak dapatkan ? Di kedai bakeri . ( gambar seperti di bawah )

gula icing scr
Gambar gula icing csr dan tepung red rose

Jadi semua bahan biskut semperit sudah pun ada , kita tengok pula langkah – langkah membuat biskut semperit dahlia ini pula. Untuk acuan , anda boleh gunakan nozzle acuan pecah 15 seperti di atas atau pun pecah 13 atau pecah berapa pun . Ya , ditekan dengan jari bagi menjawab persoalan anda . hee
.
Pertama , dengan kelajuan sederhana , putarkan campuran butter , gula icing dan juga esen vanilla . Tak perlu putar sehingga kembang , cukuplah sehingga semua sebati ya. Mudahnya langkah buat biskut semperit dahlia ni kan. 
.
Kedua , dah tak perlu guna pemutar dah . Letak tepi . Masukkan tepung kastard , tepung jagung , tepung red rose tadi dan uli menggunakan tangan anda sehingga mmembentuk doh biskut . Uli sampai sebati tau.

BACA DI LINK BARU : 5 Alat Berkualiti Menjadikan  Bulan Ramadhan Anda Berjalan Lancar

Ketiga , tak perlu dibiarkan doh mengembang , bukan buat roti ni. Tahukah anda , doh lau dibiarkan lama , akan buatkan biskut semperit dahlia anda bantat atau masuk angin. Jadi sila berhati-hati di part ni. 
.
Keempat , masukkan adunan dalam nozzle pecah 15 tadi dan apa lagi , tekan la dengan jari ke atas dulang pembakar . Hiaskan dengan manik atau apa-apa yang dirasakan cantik pada mata anda .

resepi biskut semperit dahlia , cara buat biskut semperit dahlia , bahan-bahan biskut semperit dahlia
.
Kelima, untuk langkah buat biskut semperit ni , panaskan oven sekejap pada suhu 200’C api atas bawah sekitar 5 minit dan turunkan pada suhu 170’C , masukkan dulang pembakar dan bakar biskut semperit dahlia untuk tempoh 25-30 minit . Kenapa tak tetap masa ? Sebab oven berlainan jenama akan sedikit sebanyak mempengaruhi masa pembakaran. Tuan oven je yang kenal perangai oven dia kan. 
.
Dah siap , apa lagi, sejukkan seketika dan susun cantik-cantik dalam bekas biskut dan malam lepas berbuka puasa , boleh la  makan sebalang dua untuk percubaan katanya . hee.
.
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.