Resepi Biskut Semperit Susu Untuk Hari Raya

10437
biskut semperit tradisional

Antara juadah biskut raya popular untuk dijadikan hidangan di atas meja saban tahun dan kegemaran para tetamu , biskut semperit turut tersenarai di dalam list ini. Daripada resepi biskut semperit yang asa , ramai dah mengubahnya menjadi lebih gebu lebih sedap dengan menghasilkan semperit susu tepung nespray ataupun dibentuk menjadi seperti kelopak bunga dahlia. Semua boleh asalkan sedap kan.

Antara semperit yang popular adalah hasil daripada air tangan Azlina Ina yang banyak mengajar suri rumah menghasilkan pendapatan tambahan menjual biskut raya dan juga mengambil tempahan kek.Satu lagi yang popular adalah resepi biskut semperit susu daripada Azlita Aziz daripada blog masam-manis.Semua best taw.

Nak hasilkan semperit yang gebu boleh guna dua cara sama ada sukatan cawan ataupun gram.Kami nak berikan anda hari ini mengikut gram supaya biskut yang terhasil sedap dan tepat .Jom tengok bahan dan cara buat semperit gebu gebas ni.

Bahan-bahan

biskut semperit sukatan cawan

  • 250 gram buttercup pada suhu bilik
  • 500 gram tepung jagung
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • Hirisan ceri / coklat chip sebagai hiasan biskut semperit susu

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Cheese Mudah Tak Perlu Bakar

Cara-cara buat resepi biskut semperit susu ni senang ja. Tengok ea langkah yang dah kami sediakan. 

  • Satukan buttercup yang berada pada suhu bilik  dengan  tepung jagung.Lepas tu pakai sarung tangan plastik dan ramas-ramas sampai semua sebati hancur bercampur elok.
  • Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit hingga habis sambil gaul adunan hingga menjadi doh.Uli lah adunan biskut semperit ni hingga tak melekat di tangan.
    resepi semperit susu azlina ina
  • Sediakan loyang pembakar dan griskan dengan marjerin supaya tak melekat ketika bakar biskut di dalam oven nanti.Masukkan adunan doh dalam piping bag dan guna nozzle 12 mata supaya kelopak yang terhasil cantik ea.
  • Dah tersusun cantik atas loyang,tambah bahan hiasan ceri atau coklat chip atas permukaan biskut.
  • Panaskan oven lebih kurang 10 minit sebelum masukkan loyang pembakar.Bakar pada suhu 140’C selama 20 minit menggunakan api atas bawah untuk mendapatkan biskut semperit yang rangup di dalam dan di luar.

Kalau ragu-ragu nak tahu biskut yang dibakar sudah masak ataupun tidak , cuba tolak menggunakan garpu dan jika bergerak tak melekat pada loyang pembakar, maknanya biskut  anda telah masak.

Selamat mencuba kami ucapkan dengan pelbagai tips yang boleh anda praktikkan.
Jom follow kami di You Tube untuk koleksi resepi menarik yang mudah.