Resepi Biskut Shortbread Marble Sangat Sedap Dan Premium

9468
Memang sedap biskut shortbread bila guna bahan berkualiti untuk butter dan juga dark compund choclate ni.Kami berikan full resepi biskut rayashortbread beserta tips untuk elak lekat.Boleh tahan berbulan tanpa bau hapak.Best kan biskut shortbread marble ni.

Menjelang musim perayaan ni, pastinya suri rumah yang mengambil tempahan biskut pada bulan Ramadhan tidak menang tangan nak mengejar dateline untuk siapkan tempahan pelanggan.

Biskut shortbread marble,biskut semperit, tart nenas, almond london,nestum susu dan banyak lagi menu menunggu masa untuk disiapkan.

Bagi yang ingin buat sendiri, laman web kami daridapur.com pastinya menjadi pilihan pembaca untuk dapatkan resepi lengkap bersama tips.

Kali ini kami mahu berikan resepi iskut shortbread yang menggunakan bahan-bahan premium atau berkualiti tinggi.Anda boleh mencubanya di rumah.Jika dibeli atau dijual,harganya adalah sekitar RM35 untuk 50 biji.Nampak macam mahal tapi bila tengok senarai bahan premium yang digunakan dalam resepi biskut raya ini, sangat berbaloi sebenarnya.

BACA DI LINK BARU :  Resepi Biskut Tart Cadbury Dua Versi Untuk Pilihan Biskut Raya

2 bahan berkualiti yang menjadi tunjang rasa resepi biskut ini adalah pure butter dan juga coklat dark compound.Hasil penggunaan bahan ini bolehkan biskut tahan lama berbulan-bulan di dalam peti ais.

Terima kasih kepada Puan Madamct Suratman atas resepi biskut raya ini.Jika anda ingin menempah, boleh ke fb beliau.

Untuk dapatkan potongan yang seragam, kena gunakan loyang cutter yang boleh anda beli di kedai bakeri seperti Rakan,Bake With Yen dan lain-lain yang didatangkan satu set bersama loyang dalam anggaran harga RM 45-60.

Bahan Resepi Biskut Shortbread Premium :
Resepi ini untuk 100 pcs biskut raya.

  • 300 gram pure butter
  • 100 gramm gula aising
  • 30 gram susu tepung fernleaf
  • 65 gram nestum (kisar)
  • 50 gram serbuk badam
  • 410 gram tepung gandum

Memang sedap biskut shortbread bila guna bahan berkualiti untuk butter dan juga dark compund choclate ni.Kami berikan full resepi biskut rayashortbread beserta tips untuk elak lekat.Boleh tahan berbulan tanpa bau hapak.Best kan biskut shortbread marble ni.

Cara Penyediaan Biskut Shortbread Marble:

#1: Gaul sebati pure butter dan gula.Tak perlu sampai  kembang.
Kemudian masukkan bahan2 kering yg lain.Gaul teknik rubbing(guna hujung jari) sampai semua bahan sebati.

#2: Alas loyang gunakan parchment or baking paper.
Lebihkan hujung utk mudahkan proses keluarkan nanti.Masukkan adunan tadi dan tekan sehingga padat.

#3: Masukkan cutter kemudian dgn menggunakan garfu cucuk2 kan adunan utk mengeluarkan angin.Panaskan oven suhu 180°C
Kemudian bakar selama 25-30mins.Sejukkan dan keluarkan cutter

Bahan Resepi Topping Biskut Shortbread : 

  •  410 gram dark compound chocolate (jenama Selbourne)
  • 60 gram cocoa butter@shortening

*- Double boil kedua bahan ini

  • 60 gram White Chocolate
  • 25 gram cocoa butter@Shortening

*- Double boil kedua bahan ini

Memang sedap biskut shortbread bila guna bahan berkualiti untuk butter dan juga dark compund choclate ni.Kami berikan full resepi biskut rayashortbread beserta tips untuk elak lekat.Boleh tahan berbulan tanpa bau hapak.Best kan biskut shortbread marble ni.

Cara Penyediaan Topping Biskut Shortbread :

#1: Bila base dh sejuk tadi barulah  tuangkan topping dark compound  chocolate tadi.Pastikan ianya serata dan ketuk loyang perlahan-lahan utk pastikan coklat akan masuk pada celah-celah adunan base.

#2: Ambil white chocolate dan buat corak pada topping chocolate tadi.Kemudian buat corak lorekan marble.

#3: Pasang semula cutter setelah selesai mencorak .Masukkan dalam peti sejuk selama 10mins. Siap untuk dikeluarkan dan dimakan.

*TIPS TAK NAK BAGI LEKAT COKLAT KT CUTTER.
Spray cutter dengan menggunakan non stick spray yang ada dijual di bakari  sebelum masukkan ke dalam loyang selepas adunan topping marble siap dilorek.

Memang umphhhh rasa biskut raya ni .Kami pasti ianya akan manjadi antara biskut yang paling cepat habis di dalam balang.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom