Resepi Biskut Snow Almond Lengkapkan Menu Biskut Raya Anda

123866
Naj lagi biskut raya best, mesti cuba resepi biskut snow almond ni. Dahla rangup lepas tu ada rasa coklat dan disalut pula dengan salji putih.Sedap tau.

Bila tiba sahaja bulan Ramadhan,selain berpuasa dan mengerjakan ibadat di malam hari, pasti bab penyediaan biskut juga menjadi meriah. Untuk anda yang suka buat sendiri biskut raya,apakata cuba resepi biskut snow almond sebagai salah satu koleksi biskut tahun ni.

Kalau ada yang anggap resepi biskut snow almond ni lebih kurang sama dengan biskut almond london, ianya adalah tanggapan yang salah sama sekali kerana rasa kedua biskut ini adalah berbeza.

Rasa biskut snow almond adalah berbau harum kopi, rangup, bercoklat dan disaluti pula dengan salji iaitu daripada salutan serbuk roti putih.Memang menjadi pilihan tetamu yang berkunjung.

Terima kasih kepada Puan Mariana Zainal yang sudi berkongsi kepada kita semua resepi biskut snow almond ni. Kalau anda nak buat sebagai tempahan di bulan puasa pun boleh ikut resepi di bawah.Lengkap.

Kalau anda tanya kami pilihan coklat masakan yang sedap, ianya adalah Beryls Milk Compund.Kami suka guna yang ni untuk sebarang resepi biskut raya ataupun kek melibatkan coklat.

BACA DI LINK BARU : 7 Tips Dari Pakar Untuk Hasilkan Biskut Yang Lazat

Bahan Resepi Biskut Snow Almond : 

Bahan A : 

  • 100 gram butter(guna mentega pun boleh)
  • 1/ 2 sudu makan shortening
  • 50 gram gula kastor
  • 1/2 sdt esen kopi ( kalau tiada guna je esen vanilla )
  • 1 biji kuning telur

Naj lagi biskut raya best, mesti cuba resepi biskut snow almond ni. Dahla rangup lepas tu ada rasa coklat dan disalut pula dengan salji putih.Sedap tau.

Bahan B :

  • 110 gram tepung gandum cap kunci ( cap lain pun boleh )
  • 25 gram nestum dikisar
  • 1 sudu makan coffeemate
  • 35 gram tepung ubi
  • 20 gram serbuk badam

Bahan Hiasan : 
Breadcrumb (serbuk roti putih)
Coklat masakan Beryls Milk Compund

Cara Penyediaan Biskut Snow Almond : 

#1: Menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana , masukkan dan kacau Bahan A iaitu butter,shortening dan gula kastor sehingga sebati tak perlu kembang, selepas itu masukkan lagi baki Bahan A.  Kacau sebati guna senduk kayu je.

Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit dan kacau adunan dengan tangan menjadi doh yang boleh diuli. Selepas itu , terap adunan doh mengikut acuan biskut kesukaan anda.

#2: Acuan doh yang siap dibentuk disusun di atas dulang pembakar. Panaskan oven pada suhu 190’C selama 5 minit terlebih dahulu . Selepas itu , bakar biskut selama 20 minit pada suhu 170-180’C bergantung pada oven anda masing-masing ya.

Naj lagi biskut raya best, mesti cuba resepi biskut snow almond ni. Dahla rangup lepas tu ada rasa coklat dan disalut pula dengan salji putih.Sedap tau.

#3: Biskut snow almond yang masak dibiarkan sejuk seketika . Selepas itu , celupkan biskut ke dalam adunan coklat masakan yang dicairkan guna kaedah double boil dan salut bersama serbuk roti. Siap .

Wah, siap dah kan biskut snow almond ni , jangan lupa simpan di dalam bekas kedap udara. Memang sangat sedap dan berbaloi buat taw. Tak sabar nak buat di bulan puasa nanti.