Resepi Biskut Suji Gebu Untuk Pilihan Biskut Raya Anda Tahun Ini

55118
Menag kena dengan selera resepi biskut suji gebu ni. Sedap dengan keharuman minyak sapi dan guna susu Nespray. Cara buat mudah dan gebu cair di dalam mulut.

Bila sebut resepi biskut suji , terus terbayang tekstur biskut yang gebu dan mencair dalam mulut bila disuap masuk. Tambah pula dengan keharuman bau minyak sapi yang mempunyai aroma tersendiri,memang patut anda buat biskut raya ini sebagai koleksi  pada tahun ini.

Yang paling penting dalam pembuatan resepi biskut suji gebu ini ialah penggunaan minyak sapi. Janganlah anda suka-suka tukar dengan buttercup atau tambah sedikit buttercup, nanti lari aromanya. Gunakan minyak sapi atau ghee ini dari jenama yang di dalam bekas hijau.Jenama QBB. Insyaallah sedap.

Dari mana asal dan apa minyak sapi ni ?

Sapi ialah nama panggilan lain kepada lembu. Minyak sapi berasal dari India dan bukanlah dibuat daripada tumbuhan dan organ dalaman haiwan.Tapi minyak sapi ni terhasil daripada lemak susu lembu. Mendapan lemak susu dikenali sebagai butter dan lapisan atas inilah yang diambil dan dijadikan minyak sapi. Boleh faham sedikit sebanyak kan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap dan Mudah Untuk Anda Cuba

Terima kasih kepada Cik Aini Gebu di atas sumbangan resepi biskut suji gebu ni untuk anda semua mencubanya. Memang berbaloi dan tak sesukar mana nak buatnya.

Untuk mudahkan anda, kami beri sukatan resepi biskut suji dalam sukatan cawan sahaja. Penting untuk anda menggunakan cawan yang sama untuk menyukat. Kalau guna yang 250ml, guna yang tu je untuk sukat bahan lain.

Nak dapatkan saiz yang sama, ada dua cara. Satu adalah dengan sukat setiap  gentelan berat doh dan satu lagi anda ambil doh dengan sudu bulat atau sudu makan. Barulah dapat bentuk biskut suji yang sama cantik je. Tak lah ada yang besar ada yang kecik.hee

Menag kena dengan selera resepi biskut suji gebu ni. Sedap dengan keharuman minyak sapi dan guna susu Nespray. Cara buat mudah dan gebu cair di dalam mulut.

Bahan Resepi Biskut Suji Gebu Mudah :

  • 1 tin minyak sapi berat 200 gram
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 cawan gula halus
  • 4 sudu makan  susu tepung Nespray atau nak guna Anmum pun boleh.

Cara Penyediaan Resepi Biskut Suji Paling Senang :

#1: Ayak dulu tepung gandum dan juga tepung jagung. Ketepikan. Dalam satu bekas, gaul dengan spatula/senduk kayu minyak sapi bersama gula hingga sebati. Baru masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil menguli dengan tangan.

Sambung lagi dengan masukkan susu tepung ke dalam adunan. Uli adunan hingga membentuk doh. Kalau terasa doh lembik, tambah sedikit tepung gandum. Uli hingga tidak lekat di tangan.

#2: Sukat jika mahu dan gentel lembut hingga bulat doh. Boleh letak di dalam kertas pembungkus dan susun dalam dulang pembakar. Kalau anda suka hias dengan hirisan ceri, letak je di bahagian atas tu.

Panaskan oven sekitar 10 minit pada suhu 160’C. Barulah masukkan dulang pembakar dan bakar biskut suji pada suhu 160’C selama 20-25 minit guna api atas bawah. Ikut oven masing-masing ea. Sebab kadang-kadang lain sikit ikut jenama oven.

Menag kena dengan selera resepi biskut suji gebu ni. Sedap dengan keharuman minyak sapi dan guna susu Nespray. Cara buat mudah dan gebu cair di dalam mulut.

Dah sejuk, keluarkan dan simpanbiskut suji dalam bekas kedap udara.Siap sedia untuk dinikmati. Tapi kalau anda suka nak golek-golek dalam susu tepung, pun boleh juga sebelum simpan. Terpulang pada selera.

Selamat mencuba resepi biskut suji gebu ni. Mudah je kan.