Resepi Biskut Susu Resepi Original Rasa Premium.Bukan Guna 2 Bahan

187146
Terbaik resepi biskut susu guna resepi macam ni.Dengan kombinasi rasa menarik dan boleh tambah bahan premium, memang berbeza jauh dengan yang 2 bahan tu.

Resepi biskut susu yang ada di bawah ini memang sangat menepati citarasa kami yang cuba membuatnya kali pertama.Berbeza sangat dengan biskut susu 2 bahan tu. Memang senang tapi bila dibuat, hanya rasa susu lemak manis yang dicampur tepung.

Memang ada yang suka tapi bagi selera kami, kami lebih suka guna resepi biskut susu original ni. Dengan penggunaan marjerin untuk gebukan rasa biskut, ada penggunaan tepung jagung bagi terbitkan rasa rangup dan susu tepung yang berikan rasa berlemak, mudah berderai di dalam mulut.

Kombinasi rasa inilah yang sesuai untuk biskut susu yang boleh dimasukkan dalam koleksi biskut raya anda. Kalau nak rasa yang lagi premium, gantikan marjerin berjenam Buttercup itu dengan pure unsalted butter jenama Anchor dan sebagainya. Lagi bertambah kesedapan dia. Takpe guna bahan mahal, untuk dijamu seisi keluarga juga kan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Daging Air Asam Utara Mai Sedap Sungguh Rugi Tak Cuba

Bahan hiasan resepi biskut susu pula anda boleh gunakan apa sahaja ikut kreativiti anda asalkan sesuai. Nak senang letak je hirisan kecil ceri merah. Atau anda boleh tambahkan parutan cheese di atasnya sedikit sebelum dibakar. Aduh mengasyikkan.

Terima kasih kepada Puan Norazura Azis yang sudi berkongsi resepi biskut susu ni. Memang terasa kelainan yang ketara bila guna resepi ni. Cukup rasa, rasa berlemak, rasa rangup. Memang kena buat biskut susu ni.

Terbaik resepi biskut susu guna resepi macam ni.Dengan kombinasi rasa menarik dan boleh tambah bahan premium, memang berbeza jauh dengan yang 2 bahan tu.

Bahan Resepi Biskut Susu Istimewa :

  • 250 gram marjerin Buttercup atau guna pure unsalted butter
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 4 sudu makan susu tepung Nespray atau ikut pilihan anda
  • 380 gram tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • Hirisan ceri merah secukupnya

Cara Penyediaan Resepi Biskut Susu Premium : 

#1:  Dalam satu bekas, masukklan marjerin/butter bersama gula.Mixer hingga sebati dan warna bertukar menjadi putih gebu.

Baru tambahkan esen vanilla, susu dan garam. Kacau sekejap supaya sebati dan tutup suis. Mula masukkan tepung jagung sedikti demi sedikit sambil menguli dengan tangan. Uli hingga mulai menjadi doh dan tidak lekat ditangan.

#2: Ambil sedikit doh dan mula gentel-gentelkan bulat licin. Saiz anda agak-agak sahaja atau cedok doh dengan sudu teh.Barulah nampak sekata cantik biskut susu anda.

Terbaik resepi biskut susu guna resepi macam ni.Dengan kombinasi rasa menarik dan boleh tambah bahan premium, memang berbeza jauh dengan yang 2 bahan tu.

Sambil tu panaskan oven pada suhu 160’C selama 10 minit. Doh yang digentel cantik disusun atas dulang pembakar. Letak hirisan ceri merah di atas permukaan biskut dan tekan sedikit dengan hujung sudu supaya melekat. Kalau nak letak doh dalam paper cup pun boleh juga.Terpulang ya.

Bakar biskut susu anda selama 15-18 minit pada suhu 150’C guna api atas bawah. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara ya.

Dah siap resepi biskut susu original dan rasa premium ni.Selamat mencuba. Best.