Resepi Biskut Swiss Tart Strawberi Best Guna Acuan Mudah

26208
Resepi biskut swiss tart strawberi ini memang sangat mudah dibuat sebabnya campur semua bahan yang dah disediakan , lepas tu isi jem strawberi. Sedap

Raya tahun ini kita meriahkan dengan resepi biskut swiss tart strawberi yang menarik dan rangup.Kenapa nama swiss tart strawberi ? Mungkin bentuknya yang berputar dan menggunakan filling strawberi yang sedap.

Walau apa pun namanya untuk biskut ini, cara buat resepi biskut raya yang ini sangatlah mudah dan senang. Dan anda kena ingat, kalau nak biskut rangup, atau gebu atau mengikut citarasa anda, nisbah penggunaan pure butter, marjerin memainkan peranan yang penting.

Selain dari cara pembuatan resepi biskut swiss tart strawberi ini yang cepat, rasa dia pun sedap. Rangup di luar bila digigit selepas tu gebu je bila dah pecah di dalam mulut.

BACA DI LINK BARU : Perbezaan Butter Marjerin Minyak Shortening Dan Lepa Susu Dalam Rasa Biskut

Terima kasih kepada Puan Haida Rifqi di atas sumbangan resepi biskut swiss tart strawberi ini. Boleh lah kita semua tambah koleksi biskut raya pada tahun ini kan. Sedap sangat dan best tengok bila atas meja makan penuh dengan aneka biskut yang berlainan.
Geram tengok kan ?

Bahan Resepi Biskut Swiss Tart Strawberi :

  • 250 gram pure butter jenama twin cows
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan corn flakes (blend hingga hancur)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan coklat rice
  • Filling strawberry secukupnya

Untuk mudahkan anda buat biskut ini, filling jem strawberi tak perlu dibuat olah sendiri, hanya pergi ke bakeri dan beli sahaja yang telah siap. Mudah kan ?

Resepi biskut swiss tart strawberi ini memang sangat mudah dibuat sebabnya campur semua bahan yang dah disediakan , lepas tu isi jem strawberi. Sedap

Cara Buat Resepi Biskut Swiss Tart Strawberi :

#1: Dalam bekas,satukan butter bersama gula aising dengan esen vanila.Kacau sebati hanya menggunakan senduk kayu sahaja. Masukkan corn flakes hancur diikuti dengan tepung gandum dan tepung jagung.

Gaul sebati dan adun hingga menjadi doh. Kalau anda tengok doh masih lembik, jangan risau, tambah tepung gandum lagi sedikit.. Akhir sekali, masukkan coklat rice. Gaul lagi.

#2: Masukkan adunan doh ke dalam acuan samperit seperti dalam gambar di bawah dan tekan di atas loyang rata. Tekan sikit ditengah biskut menggunakan jari untuk hasilkan lekuk supaya mudah diisi jem strawberi nanti.

Resepi biskut swiss tart strawberi ini memang sangat mudah dibuat sebabnya campur semua bahan yang dah disediakan , lepas tu isi jem strawberi. Sedap

Masukkan filling strawberi ke dalam plastik atau piping beg. Isikan ke dalam biskut.Sambil itu panaskan oven pada suhu 190’C selama 10 minit.

Bakar biskut swiss tart strawberi pada suhu 180’C selama 20 minit guna api atas bawah.

Dah siap dah resepi biskut raya kali ini. Selamat mencuba

Resepi biskut swiss tart strawberi ini memang sangat mudah dibuat sebabnya campur semua bahan yang dah disediakan , lepas tu isi jem strawberi. Sedap

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom