Resepi Biskut Tart Nenas Rangup Dengan Rasa Kelapa Dan Tanpa Telur

2437
Wahhh, resepi biskut tart nenas ni guna kelapa kering dalam adunan doh.Jadikan biskut lebih rangup.Gambar acuan ada disediakan untuk mudahkan anda buat.

Bagi mereka yang ada alahan kepada telur, mungkin boleh cuba resepi biskut tart nenas yang kami siarkan pada kali ini.Sebab ianya tidak menggunakan telur.Wah bestnya. Yang uniknya juga mengenai resepi biskut raya kali ini, ianya dimasukkan kelapa goreng. Goreng tanpa minyak atau dipanggil sangai.Jadikan doh biskut lagi rangup.

Sekarang ni boleh dikatakan zaman senang, hampir kesemua kedai bakeri ada bahan lengkap. Jadi untuk resepi biskut tart nenas ini, anda beli sahaja jem nenas yang dijual di kedai bakeri. Lagi murah dan mudahkan kerja.

Tapi kalau anda nak rasa keaslian jem nenas yang betul-betul, boleh juga buat jem nenas sendiri. Terpulang.

Banyak dah kami sediakan koleksi resepi biskut raya yang boleh anda buat untuk hidangan tetamu yang berkunjung di hari lebaran nanti.Untuk resepi kali ini, terima kasih kepada Puan Asma Mohamed.Untuk tempahan kek sekitar Kuala Terengganu, boleh ke FB beliau.Cantik hasilnya. Semoga puan dimurahkan rezeki selalu.

BACA DI LINK BARU : Rempeyek Kacang Tanah Yang Pasti Rangup

Gambar acuan yang  digunakan ada kami tunjukkan dalam gambar di bawah. Untuk dapatkan acuan seperti ini, boleh ke kedai bakeri besar seperti Rakan dan lain-lain.

Wahhh, resepi biskut tart nenas ni guna kelapa kering dalam adunan doh.Jadikan biskut lebih rangup.Gambar acuan ada disediakan untuk mudahkan anda buat.

Bahan Resepi Biskut Tart Nenas Kelapa :

  • 280 gram gandum*
  • 100 gram tepung jagung*
  • 50 gram tepung ubi*
  • 45 gram  kelapa parut sangai yang dimesin halus (sangai dulu baru timbang)
  • 100 gram gula aising
  • 250 gram marjerin
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu makan butter oil ( cairkan butter )
  • Jem nenas secukupnya boleh didapati di kedai bakeri

Bahan bertanda (*) diayak terlebih dahulu.Ketepikan

Cara Penyediaan Resepi Biskut Tart Nenas Sedap :

#1: Menggunakan hand mixer, putarkan gula bersama marjerin hingga sebati.Barulah dimasukkan butter oil dan essen vanila. Sebatikan. Masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit dan uli menggunakan tangan. Tambah kelapa yang siap dimesin dan uli sebati.

Ambil adunan dan canai pada ketebalan yang sesuai ikut selera anda, dan mula tekap. Oles loyang dengan marjerin. Susun atas dulang hasil tekapan. Gentel inti bulat lebih kurang sebesar guli dan letakkan atas doh biskut sambil tekan sikit untuk lekat.

Wahhh, resepi biskut tart nenas ni guna kelapa kering dalam adunan doh.Jadikan biskut lebih rangup.Gambar acuan ada disediakan untuk mudahkan anda buat.

#2: Panaskan oven 10 minit dan barulah bakar loyang biskut tart nenas pada suhu 175’C selama 20-25 minit bergantung pada jenis oven anda,ketebalan hasil anda tekap dan guna api atas bawah.

Bila dah siap, keluarkan dan boleh la disusun dalam bekas kedap udara. Siap dah resepi biskut tart nenas kan.Boleh la sambung buat biskut lain.Sedapnya.Semoga meriah hari lebaran anda.