Resepi Biskut Ulat Bulu Pilihan Ramai

15156
resepi biskut ulat bulu

Salam Ramadhan buat semua pengunjung daridapur.com , dah nak masuk berapa hari kita dah menunaikan ibadat berpuasa pada tahun 2017 ini, boleh la mula fikirkan apa biskut yang mahu dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung di rumah pada hari lebaran nanti .

Banyak resepi yang dah kami keluarkan untuk anda pada entry yang lepas , so kali ini kami berikan lagi resepi biskut ulat bulu . Tak lah susah sebenarnya resepi ini . Jadi jom mula save resepi ini tuk mudahkan anda .

Cara buat biskut ulat bulu yang pertama adalah sediakan bahan-bahannya. 

  • 300 gram tepung gandum
  • 150 gram tepung jagung
  • 50 gram susu tepung nespray
  • 180 gram minyak sapi
  • 100 gram mentega
  • 100 gram gula icing
  • Sedikit perisa pandan hijau
  • Buah kurma yg dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan drpd 1 biji buah kurma
  • Castor sugar untuk ditabur atas biskut ulat bulu sebagai hiasan 

Jadi semua bahan yang diperlukan biskut ulat bulu dah ada , jadi apa kata kita tengok macam mana cara nak bentukkan menjadi ulat bulu ni . hee

Pertama : Putar gula icing & mentega hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sapi, perisa pandan & susu tepung. 
Putar hingga sebati.
.
Kedua : Masukkan tepung jagung & tepung gandum , uli dgn tangan hingga sebati . Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung pada adunan. Kalau sudah dpt dibentuk tdk perlu habiskan 300gm.
.
Ketiga : Bentukkan  doh sekecil ibu jari dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentukkan menjadi memanjang. Tekan atasnya dgn garfu utk bentuk ulat.
.
Keempat : Masukkan kedalam loyang & bakar pada suhu 160-180’C.
.
Agak sukar utk menentukan biskut ini sudah masak atau tidak disebabkan  walaupun sudah msk biskutnya masih lembut, tapi
kalau diletakkan di luar , ia akan mengeras sendiri. Utk menentukan dah masak tgk dibawah biskut agak kekuningan. Sesudah diangkat dr oven taburkan castor sugar diatasnya sebagai hiasan.
.

resepi biskut ulat bulu
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.