Resepi Brownies Coklat Walnut

4693
Resepi Brownies Coklat Walnut
Resepi Brownies Coklat Walnut

Bahan-Bahan 

2 bar coklat /150g ( separa manis )
1 cawan setengah susu pekat manis
2 sudu air
1 cawan kacang walnut atau almond atau gajus atau kekacang lain.
1 sudu teh esen vanilla.

Cara-Cara Resepi Brownies Coklat Walnut

1. Di dalam bekas, campurkan bar coklat, susu dan juga air.

2. Masukkan campuran tadi di dalam microwave selama 1 minit. Kemudian keluarkan dan gaul.

3. Jika campuran coklat tidak cair, masukkan kembali ke dalam microwave selama 1-2 minit dan gaulkan kembali.

4. Masukkan kacang dan ekstrak vanila ke dalam campuran coklat dan gaul. Siap dh bhn mentah untuk Resepi Brownies Coklat Walnut

5. Di atas baking sheet ( kertas minyak untuk membakar kek, kuih ), masukkan adunan Resepi Brownies Coklat Walnut dan buat bentuk segi empat tepat 9″x6″ atau gunakan sudu untuk membuat bentuk kesukaan.

6. Biarkan adunan Resepi Brownies Coklat Walnut hingga sejuk. Potong dan hidangkan