Resepi Brownies Kedut Penuh Rasa Coklat Yang Mudah

191105

Rindu korang dengan video tutorial koleksi masakan kami ? Biasanya sekali seminggu kami siarkan,tapi bulan 12 ni disebabkan cuti , kami pulang ke kg halaman.So stop sekejap produksi video tutorial.Kali ni kami berikan tutorial brownies kedut yang penuh dengan rasa coklat.Yeay!

Memang sedap walaupun dah sejuk.Rasa brwonies yang  penuh dengan coklat dan paling penting,senang je cara buat brownies kedut ni tapi hasilnya, boleh dah anda beranikan diri ambil order.

Selain daripada brownies kedut coklat yang diletakkan badam, anda boleh hias topping nya dengan aneka pilihan yang anda mahu seperti sos coklat putih, walnut atau salted karamel.Itu terpulang ya.

Teringin nak makan brownies kedut? Jom cuba buat resepi brownies yang sangat senang dan mudah ni.Kami berikan lengkap video brownies dari a- z untuk anda cuba di rumah.Memang best tau brownies kedut ni Untuk mudahkan anda dapat sukatan yang tepat, kami tak berikan tutorial brownies kedut dalam sukatan cawan tapi dalam gram.Barulah dapat sebijik sama kan.

Sebelum anda tengok resepi penuh dan video tutorial, kami mahu berikan beberapa tips serta teknik untuk dapatkan brownies yang betul-betul menepati selera.

1) Guna coklat bar dari jenis dark compound ( brand cocorich/beryl/apa2 pilihan) untuk lebih rasa coklat.Kali ni kami gunakan brand cocorich.Memang guna dua brand ni ja lau dark compound coklat.

2) Alas loyang dengan parchment paper bukan baking paper supaya tidak melekat lansung.Parchment paper paling sesuai jika bab lekat2 ni.

3) Biarkan brownies betul-betul sejuk baru  dipotong.Baru cantik.Makin sejuk dia makin berkedut.Jangan terburu-buru nak potong semasa panas.

4) Untuk elak rasa pahit,guna serbuk koko brand Van Houten.Mahal sikit takpe tuk keluarga,tapi berbaloi baloi rasa brownies anda.

Teringin nak makan brownies kedut? Jom cuba buat resepi brownies yang sangat senang dan mudah ni.Kami berikan lengkap video brownies dari a- z untuk anda cuba di rumah.Memang best tau brownies kedut ni

Jom tengok bahan-bahan untuk buat brownies kedut coklat ni.

  • 113 gram mentega
  • 75 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh vanila
  • 2 biji telur ayam gred A
  • 130 gram gula pasir
  • 260 gram coklat bar dark compound
  • 10 gram serbuk koko jenama Van Houten

Sila guna loyang bersaiz 8 ya.Cara penyediaan brownies ni pula seperti berikut.Anda boleh lihat lebih jelas dalam video tutorial yang kami berikan di bahagian atas dan bawah artikel ni ya. :

#1: Panasakan oven terlebih dahulu pada suhu 190’C dalam 15 minit.Biarkan.Panaskan kuali yang berisi air sehingga mendidih dan letak loyang bulat atau periuk.Cairkan mentega dan coklat bar.Ketepikan bila semuanya cair.Biarkan adunan sejuk sedikit/suam.

Teringin nak makan brownies kedut? Jom cuba buat resepi brownies yang sangat senang dan mudah ni.Kami berikan lengkap video brownies dari a- z untuk anda cuba di rumah.Memang best tau brownies kedut ni

#2: Sediakan bekas dan masukkan telur,esen vanilla bersama gula putih.Kacau laju sedikit supaya semuanya sebati.Tak perlu gunakan hand mixer atau blender.

#3: Bila dah sebati, tuang adunan coklat mentega tadi ke dalam bekas.Tengok video tutorial.Kacau sebati dan mula tambahkan sedikit demi sedikit tepung gandum serta serbuk koko.Tak perlu ditapis terlebih dahulu tepung gandum sebab tiada agen penaik digunakan dalam resepi brownies ni.

#4: Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci berbentuk 4 segi.Ratakan adunan dengan cara hentak dua ke tiga kali.

#5: Turunkan suhu oven kepada 170’C dan menggunakan api atas bawah, bakar brownies selama 25-30 minit bergantung pada oven anda.

Teringin nak makan brownies kedut? Jom cuba buat resepi brownies yang sangat senang dan mudah ni.Kami berikan lengkap video brownies dari a- z untuk anda cuba di rumah.Memang best tau brownies kedut ni

Bila dah masak, jangan terus potong.Biarkan menyejuk barulah dipotong empat segi brownies kedut anda.Nak letak sos topping pilihan pun boleh.Selamat mencuba daripada kami.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

VIDEO TUTORIAL BROWNIES KEDUT COKLAT