Resepi Buah Melaka Best Dengan Limpahan Air Gula Melaka

22543
Bila bulan puasa menjelang, antara artikel yang menjadi kegemaran ialah resepi buah Melaka. Kuih yang boleh dikatakan popular disemua negeri.Sedapnya

Bila bulan puasa menjelang, antara artikel yang menjadi kegemaran ialah resepi buah Melaka. Kuih yang boleh dikatakan sinonim dengan rakyat Malaysia disemua negeri.Dengan rasa kuih yang lembut kenyal, air gula melaka sedap dan diuli lumur dalam kelapa parut memang gandingan sepadan.

Ada yang lebih suka buat sendiri buah Melaka ini daripada membeli. Sebabnya ?

Ada sesetengah peniaga yang menidakkan keaslian dan kesedapan resepi buah melaka atau dikenali dengan kuih onde-onde ini dengan meletakkan gula putih sebagai inti, melebihkan tepung dan yang paling besar adalah gunakan kelapa tua.Terus menjatuhkan rasa dan kualiti buah Melaka itu sendiri.

Tips untuk dapatkan resepi  buah melaka yang sedap ialah :

1- Gunakan kelapa sederhana muda untuk diparut isinya. Tapi jika tiada , bolehlah anda minta pada penjual untuk memberikan lapisan putih sahaja.Seeloknya, bila balik ke rumah, anda kisar dengan pengisar makanan sekali lagi kelapa parut itu untuk dapatkan hasil yang lebih cantik.

JOM BUAT : Resipi Puding Kastard Berkuah Koktail Best Sangat Sedap

2- Bila dah sebut buahmelaka, mestilah intinya guna gula melaka kan.Pilih gula Melaka yang dibuat asli daripada orang kampung.Aroma asap kayu masih sedap melekat pada gula Melaka.

Bila bulan puasa menjelang, antara artikel yang menjadi kegemaran ialah resepi buah Melaka. Kuih yang boleh dikatakan popular disemua negeri.Sedapnya

Terima kasih kepada Opah Mas Cotek di atas sumbangan resepi kuih buah melaka ini. Semoga opah dimurahkan rezeki sentiasa. Amin.

Bahan Resepi Buah Melaka Sukatan Cawan :

Kuantiti yang diperolehi ialah sekitar 13-18 biji buah melaka mengikut saiz. Cukup sekali makan.

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu makan tepung beras
  • Jus air pandan secukupnya
  • 1-2 titik pewarna hijau
  • Gula melaka yang dipotong kecil
  • Isi kelapa parut bersama garam

Bila bulan puasa menjelang, antara artikel yang menjadi kegemaran ialah resepi buah Melaka. Kuih yang boleh dikatakan popular disemua negeri.Sedapnya

Cara buat Resepi Buah Melaka Sedap :

#1: Potong gula melaka dulu dengan pisau tajam.Buat bentuk kiub atau kecil.Simpan di dalam peti sejuk seketika.Kita akan buah adunan doh buah melaka.

Di dalam satu bekas, satukan tepung pulut, tepung beras dan mula adunkan membentuk doh dengan tambahkan jus pandan sedikit demi sedikit.Jus pandan diperolehi dengan cara mengisar 5 helai daun pandan dengan 1 cawan air. Selepas siap kisar, tapis jus pandan.

Adun hingga menjadi doh yang boleh digentel. Boleh dah masukkan air dalam periuk dan didihkan.

#2: Ambil lebih kurang sejemput.satu sudu makan doh dan leperkan.Masukkan gula pandan yang dipotong tadi sebagai inti,tutup rapat dan bulatkan. Anda kena hati-hati pada proses ini untuk elakkan doh menjadi tebal atau bocor. Bila dah siap, terus masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air panas mendidih.

Angkat dan toskan doh buah melaka bila ianya masak. Cara untuk tahu buah melaka masak ialah ia akan terapung di permukaan air.

Terus toskan dan masukkan ke dalam kelapa parut yang siap sebati dengan secubit garam. Lumur-lumur kelapa parut dan dah siap dah buah melaka sedap anda.

Bolehlah dimakan buah melaka anda. Selamat mencuba.

Bila bulan puasa menjelang, antara artikel yang menjadi kegemaran ialah resepi buah Melaka. Kuih yang boleh dikatakan popular disemua negeri.Sedapnya

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom